Apa itu CPUV dan CPC Nuffnang?

Assalamualaikum wbt :)

Nak kata Mieya buta Nuffnang, pernah lah jugak Mieya selidik daripada pihak Nuffnang dan para blogger yang ada di merata tempat di bumi Malaysia yang tercinta nie; tentang :



  • Apa itu Nuffnang
  • Apa jenis-jenis iklan Nuffnang
  • Bagaimana iklan Nuffnang berjalan di blog-blog? 
  • Macam mana nak tarik minat advertiser untuk beriklan di blog kita?
  • Macam mana nak jawab survey Nuffnang dengan betul sekaligus boleh menarik minat advertiser?
  • Apakah ciri-ciri sesebuah blog yang diutamakan oleh pihak Nuffnang untuk menerima pendapatan lebih?
serta bermacam-macam jenis soalan lagi lah. 

Tapi itu lah. Walaupun Mieya sudah mengetahui sedikit pengetahuan asas mengenai Nuffnang, Mieya juga tak berhenti mencari informasi baru mengenai Nuffnang. Apa-apa yang Mieya boleh kongsikan bersama korang, Mieya akan kongsikan.

Seperti baru-baru nie, ada 2-3 orang yang masih was-was dengan kenyataan yang pernah Mieya utarakan sebelum nie mengenai iklan BE, CPUV, CPC. (semestinya blogger freshie yang baru bertapak sebulan dua di dunia penulisan maya nie.) 

Misalnya :
Baiklah. Rasanya, biarlah Mieya jelaskan secara ringkas mengenai jenis-jenis campaign (iklan) yang terdapat di Nuffnang.

Apa itu CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns?

CPUV (Cost-per-unique-visit) Campaigns ni sama saja konsepnya dengan Buffered Earning (BE). Iklan ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan kunjungan unik pengiklan membeli daripada blog anda pada akhir tempoh kempen.

Konsepnya, Lebih kurang macam dalam surat khabar, orang yang nak iklankan produk mereka dalam surat khabar kena bayar mengikut saiz iklan tu kan? Cuma untuk blog ni, dibayar berdasarkan berapa Unique Visits yang kamu ada. Macam sewa tapak iklan la gitu.

Apa itu CPC (Cost-per-click) Campaigns?


Ini adalah pendapatan daripada kempen iklan banner mengikut bilangan klik pengiklan membeli daripada blog anda pada akhir tempoh kempenIklan CPC akan menjana pendapatan selagi pembaca klik pada iklan anda. 


Sekian sahaja perkongsian ilmu buat kali nie. Jikalau ada sebarang pertanyaan yang memerlukan jawapan segera, boleh lah tinggalkan komen di chatbox atau di ruangan komen. Salam bertemu lagi.