Hai semua :)
Okey, cakap terus-terang tanpa ayat pendahuluan yang panjang berjela-jela mencecah ke lantai dan akhirnya habuk pon tak dapat. Input takde, output lagi lah.
Masalah rambut gugur dan akhirnya makin menipis menjadi satu
- kelenjar tiroid yang terlalu aktif atau pasif
- demam, jangkitan dan selesema yang serius
- perubahan hormon
- amalan diet yang tak seimbang
- kesan daripada ubat-ubatan
- stress
Di pasaran sahaja, terdapat pelbagai cara mengatasi masalah rambut gugur sama ada menerusi kaedah moden yang melibatkan bahan kimia ataupun kaedah tradisional yang menggunakan bahan semula jadi. Kebiasaannya, cara mengatasi rambut gugur dengan menggunakan kaedah tradisional adalah lebih selamat daripada kesan sampingan yang tidak baik.
Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional.
- Untuk mendapatkan pati santan, ambil kelapa parut dari sebiji kelapa tua.
- Masukkan sedikit air suam pada kelapa parut tadi dan ramas-ramaskan.
- Perah pati santan dari kelapa parut tersebut dan buang hampasnya.
- Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke keseluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam.
- Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.
- Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.
Untuk mengekalkan rambut lebat dan elak dari gugur, amalkan tips ini :
- Pilih syampu rambut yang sesuai dengan jenis rambut anda.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.
- Gunakan sikat rambut bergigi jarang.
- Pastikan rambut anda benar-benar kering sebelum memakai sebarang produk tambahan seperti krim rambut atau gel. Sama juga untuk wanita bertudung, pastikan rambut benar-benar kering sebelum memakai tudung.
P/S : Jom baca entri seterusnya untuk mengetahui Mitos VS Fakta Mengenai Rambut.
Enjoy your reading !