Syoknya cuaca hari nie. redup, suam-suam panas, lepas tu hujan, indah, permai, aman dan makmur. Mula lah Mieya rasa macam nak gunakan sepenuhnya masa hari ini untuk blogjogging sepuas-puasnya. Tapi, sayangnya kerana terpaksa batalkan hasrat murni itu di saat-saat akhir.
Semua ini gara-gara, terdapat beberapa tempahan bagi kuih goyang lagi daripada orang yang sama. Padahal, baru aje semalam, Mieya bergoyang dengan kuih goyang bersama emak tersayang. Takpe lah, rezeki takkan nak ditolak kan? tak baik.
mempersembahkan gambar kuih goyang dengan tangan cameraman yang turut sama bergoyang. hihi |
Itu pon dah kira bersyukur sangat-sangat daripada takde. Apa pun, terima kasih Mieya ucapkan kepada semua yang sudi menempek kedua bijik mata mengadap blog pink Mieya nie. Jasamu amat-amat dihargai :)