Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)
Setelah hampir empat jam dok bergoyang kaki dan tangan. haippp, jangan nak fikir yang negatif ye. Actually, Mieya baru sahaja selesai menyediakan kuih tradisional kita, iaitu kuih ros bersama dengan sang emak yang tersayang.
Sebut sahaja kuih ros pasti ramai di antara kita yang dapat membayangkan bagaimana bentuknya serta kerangupannya sehingga membuatkan individu itu akan mengulangi makan. Bentuk seperti bunga membuatkannya dikenali sebagai kuih ros, malah ada di antara kita menyebutnya sebagai kuih loyang atau kuih goyang.
gambar dari belas ehsan google |
Selalunya, bila ada kenduri-kendara di kawasan perumahan Mieya, kuih goyang nie lah yang akan sang emak sumbangkan kepada tuan rumah untuk disajikan sewaktu aktiviti merewang dijalankan.
Alhamdulillah. Biarpun kuih tradisional sebegini kebiasaanya dibuat di musim perayaan. tapi, tempahan yang kami terima dari jiran tetangga mahupun saudara terdekat amat-amat menggalakkan. Syukur alhamdulillah, semua ini berkat daripada rezeki tuhan.
Sambil-sambil dok goyang kaki di rumah, dapat lah jugak menjana sedikit pendapatan. Bisnes kecil-kecilan lah kata kan. hihi Ibarat kata pepatah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Harap-harap begitulah hendaknya. Amin :)