Hari ini, bersamaan dengan 31 Ogos 2012 dan insyaallah selepas solat jumaat nanti. Mieya sekeluarga akan berangkat ke Melaka bagi meraikan hari berbahagia abang Mieya yang kedua.
Yaaa.. Akhirnya, bau nasi minyak dah semakin "kuat" kat rumah nie. Weeee....
Jadi, sebagai adik dan juga sebagai adik perempuan sulung, semestinya Mieya lah yang dipertanggungjawabkan untuk memyiapkan segala macam hantaran perkahwinannya. Sekaligus, Mieya telah melantik si demok, merangkap satu-satunya adik Mieya untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan tugasan ini.
Setelah dikira-kira, julah kesemua barang hantarannya adalah sebanyak 13 dulang tidak termasuk barang kemas. Tapi, yang nak Mieya kongsikan pada kalian hanya separuh sahaja daripada barang hantarannya.
wangi-wangian |
telekung ala-ala topi |
Samsung Galaxy Tab dan beg tangan |
Dua utas Jam Tangan |
Insyaallah, gambar-gambar yang lain akan menyusul di entri yang akan datang. Nantikan tau :)
P/S : Doakan perjalanan pergi dan balik Mieya sekeluarga ye kalian. Terima kasih :)