Showing posts with label Hantaran Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Hantaran Kahwin. Show all posts

A Day Before My Brother's Wedding Day

Assalamualaikum wbt dan selamat berhujung minggu kalian :)

Hari ini, bersamaan dengan 31 Ogos 2012 dan insyaallah selepas solat jumaat nanti. Mieya sekeluarga akan berangkat ke Melaka bagi meraikan hari berbahagia abang Mieya yang kedua.

Yaaa.. Akhirnya, bau nasi minyak dah semakin "kuat" kat rumah nie. Weeee....

Jadi, sebagai adik dan juga sebagai adik perempuan sulung, semestinya Mieya lah yang dipertanggungjawabkan untuk memyiapkan segala macam hantaran perkahwinannya. Sekaligus, Mieya telah melantik si demok, merangkap satu-satunya adik Mieya untuk bersama-sama membantu bagi menjayakan tugasan ini.

Setelah dikira-kira, julah kesemua barang hantarannya adalah sebanyak 13 dulang tidak termasuk barang kemas. Tapi, yang nak Mieya kongsikan pada kalian hanya separuh sahaja daripada barang hantarannya.


wangi-wangian


telekung ala-ala topi

Samsung Galaxy Tab dan beg tangan

Dua utas Jam Tangan

Simple je kan? Maklum saja lah, Mieya si budak baru belajar. So, takde pengalaman langsung dalam menata hias barang hantaran nie semua. Sekadar buat apa yang termampu dan yang terfikir di kepala hotak sahaja.

Insyaallah, gambar-gambar yang lain akan menyusul di entri yang akan datang. Nantikan tau :)

P/S : Doakan perjalanan pergi dan balik Mieya sekeluarga ye kalian. Terima kasih :)