Shopee : Aplikasi Jual Beli Barang Online Masa Kini

Assalamualaikum dan hai everyone :)

Sekarang ni ramai yang melakukan urusan jual beli secara online sahaja. Ia bukan sahaja mudahmenjimatkan masaboleh disebarkan (share) kepada semua pengguna internet yang lain. Malah, yang paling bagus tak payah nak bayar duit sewa kedai. Tapi persoalannya bagaimana cara mudah untuk kita membeli dan menjual barang atau produk kita?

Meh Mieya nak bagitahu, salah satu platform yang senang untuk urusan berjual beli is aplikasi Shopee (kalau korang guna Android boleh download di Google Play Storeni.

Screenshot_2015-09-18-03-47-22 (Medium)

Pernah dengar aplikasi Shopee tak?

Shopee adalah aplikasi telefon pintar yang direka buat penjual dan pembeli supaya mereka dapat melakukan urusan jual beli dalam satu aplikasi dengan pantas. Fokus utama Shopee adalah untuk memastikan kedua-dua pihak dapat melakukan misi perdagangan dengan ringkas dan paling penting, selamat. Jaminan Shopee adalah penghantaran selepas pembayaran dan pembayaran kepada penjual adalah selepas pembeli menerima barang. 

Ini bermakna, pembeli yang membeli barangan hanya membayar kepada akaun Shopee dan penjual akan mengepos barangan tersebut. Dan selepas itu, barulah Shopee akan membayar kepada penjual. Mudah kan? Yang penting ianya selamat dan transaksinya terjamin. No hidden charges, no commission for Shopee. FREE okay!


Kini dengan adanya Shopee.. anda tak perlu lagi nak snap picture and then transfer to PC, edit dan touch up bagai. Tak perlu lagi bersusah nak kena kira stock, nak kena try error masukkan coding website, nak buat measurement gambar bagai. Just upload guna smartphone, masukkan details produk dan wallah. Simple, orang nak beli click-click je. 

KELEBIHAN SHOPEE
1. Free untuk semua pengguna
2. Interface yang sangat mudah difahami
3. Boleh terus mula membeli @ menjual selepas download apps ini (tak perlu isi borang)
4. SHOPEE lebih privacy untuk online seller dan buyer (Boleh berkomunikasi dengan seller melalui chat)
5. Easy payment  (Anda boleh membuat bayaran melalui CIMB Clicks, Maybank2u, Hong Leong Connect, RHB Now. Kalau si pembeli bank ink melalui mesin deposit tunai pon boleh di trace. Sebab resit tue kena upload di Shopee, barulah proses penghantaran oleh Seller boleh diteruskan.)
6. SHOPEE Guarantee (Dekat Shopee ni, semua transaksi direkodkan. Shopee akan pembeli daripada payment sehinggalah barang selamat sampai kepada buyer tersebut. Kalau barang diterima mengalami kerosakan, boleh request refund atau meminta barang tersebut ditukar.)
7. Banyak sales dan diskaun. (Untuk menggalakkan lagi penjual menjual produk mereka menerusi aplikasi ini, Shopee akan bagi promosi yg best kepada pembeli seperti kod voucher, diskaun)7. Easy sharing to social media (Dah mula menjual di Shopee, apalagi? Boleh share ke pelbagai social media yang lain seperti Facebook Twitter, instagram, Whatsapp, dll. Memang menjimatkan masa kita.)

So yeah, Mieya dah 3 bulan menggunakan aplikasi Shopee ni dan hasilnya memang terbaik dan selamat. So korang boleh cari my mini shop, just search MAbeautyOfficial. Banyak item yang dijual murah-murah special for my lovely customer. Dijamin cepat dan selamat sampai :)

Nak tau lebih lanjut pasal app Shopee ni boleh klik kat bawah ni :

Website : http://shopee.com.my/mobile/
Mall : http://mall.shopee.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/ShopeeMY
Instgram : https://www.instagram.com/shopee_my/

Aurora® SX Whitening Therapy | Review

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog Mieya.

Wah, lama betul tak exercise jari jemari untuk berceloteh panjang di sini. Dulu janji nak update blog sekerap mungkin. Tapi dah nak habis bulan April, baru nak munculkan diri balik. haha

Okey, sepanjang 2-3 bulan yang lepas, Mieya dah beli beberapa items untuk dijalankan eksperimen atau ujikaji. Seperti biasa, items tersebut haruslah berkaitan dengan beauty products. Ya lah, sejak bekerja ni kekadang terasa kulit makin kusam, berminyak serta jerawat tumbuh silih berganti. Maklum lah kerja bawah aircond, ulang-alik pergi kerja merempit dengan motorsikal.

Aurora SX Whitening Therapy merupakan supplemen pemutih paling berkesan abad ini walaupon hanya mengandungi 3 bahan utama di dalamnya . Diilhamkan daripada Doktor Pakar Estetik, Aurora SX menggunapakai Pure Glutathione dengan kelebihan kadar penyerapan gluta berganda maksimum yang bertindak pantas menyerap di bawah kulit (Maximum Potential Glutathione). Glutathione juga terkenal sebagai master anti-oksidan yang amat penting bagi kulit.


Untuk pengetahuan anda, produk ini adalah pertama di Malaysia yang menggunakan teknologi campuran Glutathione, Idebenone dan campuran Vit C. Di mana produk Aurora merupakan hasil ilham daripada Doktor Pakar Estetik yang berpengalaman dan telah terbukti secara klinikal! Idebenone dikatakan sebagai pengganti kepada Vitamin C disebabkan ciri-cirinya100x menyerap lebih pantas daripada Vitamin C. Idebenone bagus dalam melembapkan kulit dalam masa 1 hari sahaja serta memutihkan kulit dengan pantas. Ditambah pula dengan sifat antipenuaan dan juga menyingkirkan toksin secara berkesan . 

Aurora® SX Whitening
Fenomena Cantik 2015 - Sebiji Sehari Pon Dah Cantik
Harga Asal : RM140
Kandungan : 30 biji/botol

Ini cara Mieya consume Aurora SX setiap hari, iaitu sebiji sehari sebelum sarapan atau lebih tepat lagi semasa perut kosong. Senang sangat, tak perlu susah-susah nak bancuh, atau kunyah. Just telan bersama air. Tak ada apa-apa pantang termasuklah pengambilan caffein sekalipun. I loikee :") Mieya consume Aurora Sx ni tak pernah skip, tak pernah lupa. Memang disiplin betul. And then, pastikan minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. 

Panjang betul ayat pendahuluan macam balas dendam dah lama tak mengomel lama-lama disini. hehehe Jadi, nak tunjuk lah sikit tindak balas pada diri sendiri.

Mieya sebenarnya dah start ambil supplemen ni sebulan yang lepas. 3 hari pertama ambil kapsul Aurora SX ni, Mieya perasan kulit muka dah kurang berminyak, terasa macam lembap biasa gitu.Gila happy ya amat, masalah kulit berminyak dah berjaya diatasi seawal 3 hari sahaja. Kesan yang sangat pantas.

Hari ke 7-14 dengan Aurora SX, Mieya perasan yang jerawat di pipi mula kecut. Tapi belum hilang secara keseluruhan ye. Masih ada lagi kesan parut jerawat. Jerawat pon tumbuh seketul dua, tapi cepat je kecut. Amazing betul !


Genap sebulan Mieya berAurora, kulit tampak bersih + glowing sikit. Pori-pori semakin mengecil, parut juga sudah pudar. Cuma belum nampak lagi kesan pemutihan kulit tu. Maybe sebab baru consume selama sebulan kan. Takpe, kita teruskan sampai beberapa bulan dan lihat sendiri keberkesanannya nanti.

Tapi macam mana pon, Mieya memang suka sangat dengan Aurora SX ni. Sebabnya, cara consume yang semudah ABC. Hanya telan sebiji sehari tak perlu bancuh, kesan seawal 3 hari boleh nampak. Tiada collagen, jadi tak perlu pantang kafein serta tak perlu risau berat badan naik atau masalah kulit gatal2 atau risiko mengalami resdung. 

P/S : Sebelum ni Mieya consume Vitamin C 1000Mg Pahang Pharma, alhamdulillah ramai juga lah yang order. But tahun ni, Mieya consume pula Aurora SX. Agak-agak ada tak yang berminat nak place order? Insha Allah harga dijamin murah dan 100% original.

Korean Collagen (K-Colly) Sweet 17 | Review

Assalamualaikum wbt semua :)

Rasanya ramai yang tak tahu bahawa Mieya merupakan seorang beauty junkie tapi tertumpu kepada supplement sahaja sebab Mieya tak suka mekap. Biar muka serabai tapi supplement tak boleh habis. Tanya sahaja lah apa-apa produk yang sedang hangat di pasaran sekarang ni. Mostly, banyak yang Mieya dah pernah cuba consume. Cuma kekurangan masa nak berkongsi review dan testimoni di blog je. huhuhu

Kali ni, Mieya nak review pasal Korean Collagen Sweet 17 atau lebih dikenali sebagai K-Colly. Tapi sebelum tu, Mieya nak mohon maaf lah sebab review serba ringkas sahaja memandangkan masa yang tidak mengizinkan.

Actually, Mieya mula terjebak dengan supplement K-Colly ni selepas melihat sendiri kulit officemate jadi halus, tona yang sekata serta jerawat pudar. Waaa.. kagumnya rasa bila tengok kulit muka dia macam tu padahal baru sebulan consume (cemburu buta)

So, Mieya pon nekad lah order sebotol K-Colly dengan harapan yang penuh di dada. Kebetulan, jerawat serta masalah kuluit berminyak sedang mengganggu kehidupan Mieya. Sebotol ni boleh tahan sebulan lebih dan Mieya start consume pertengahan bulan April sehingga hujung bulan Mei 2014.

Cara makannya pon mudah je, hanya perlu masukkan satu scoop ke dalam mulut dan biarkan enzim air liur cairkan perlahan-lahan. Rasanya sedap tapi tersangat lah manis. huhuhu sangat tak bagus untuk penghidap gigi sensitif macam i olss.

Okay, ni kulit muka Mieya sebelum ber'K-Colly. Cuba tengok kulit muka Mieya berminyak serta ada jerawat dan parut bekas jerawat. Saja zoom, kasi nampak jelas sikit. Padahal masa ni, Mieya cuma pakai krim pelembap muka (moisturizer) sahaja.


Result selepas sebulan lebih consume :

Alhamdulillah, digestive system berjalan dengan lancar. Sebab bila consume K-Colly ni kan kena minum air dalam kuantiti yang banyak. Memang kerap kali berulang-alik ke tandas.

Perubahan pada kulit? Jerawat dekat hidung jadi kecut, parut jerawat pudar sikit. But still tak hilang lagi. Next, bab kulit jadi putih melepak, cerah satu dua tona memang langsung tak ada. Lain orang, lain kesannya kot.

So this is my review of K-Colly. Cuma mampu consume sebotol sahaja sebab tak tahan dengan taste yang manis, serta kurang berdisiplin. Kadang-kadang ambil satu scoop, kadang-kadang lupa. Penyelesaiannya, kembali semula kepada supplemen berbentuk pil dan capsule.

Beauty Talk Double Cleansing Gel | Review

Assalamualaikum and hai :)

So again, Mieya kembali lagi menaip pada papan kekunci blog setelah menghilang seminggu lebih. Which also means ada banyak entri yang kena ganti. hahaha Nantilah, still kelam kabut dengan pengurusan masa di awal tahun ni. Kerja banyak bertangguh you alls sampai pitam ya ampun tak nak mengadap pc lagi.

And yeah, thanks to Hishop for choosing me to do some reviews. Back to the topics. Mieya tahu, you all girls sangat rajin and of course sangat menitik beratkan dalam menjaga kesihatan kulit masing-masing kan? Kita mungkin terlalu concentrate pada rutin penjagaan kulit harian. Tapi adakah kita membersihkan wajah dengan cara yang betul? Adakah korang yakin, ia betul-betul bersih?

Jangan risau. Mari Mieya perkenalkan korang dengan Beauty Talk's Be'White Double Cleansing Gel. Kenapa 'double'? Haaa..sebabnya Beauty Talk Double Cleansing Gel ni bukan sahaja boleh digunakan sebagai pencuci muka. Malah, boleh juga digunakan sebagai Make Up Remover


Beauty Talk Double Cleansing Gel
Kandungan : 200ml
Price : RM179
Made in : Taiwan

Be'White Double Cleansing Gel memberikan kesan pembersihan yang berganda dalam menghilangkan sisa mekap dan membersihkan liang pori dengan mendalam, meninggalkan kulit yang segar dan halus serta-merta. Selain turut menyeimbangkan penghidratan kulit, mengurangkan keradangan dan melembutkan garis-gris halus.

Kandungan bahan:
  • Iris Florentina Root Extract
Revitalizing anti-aging ingredient that is rich in natural isoflavones to reduces the depth of wrinkles, improves skin hydration and elasticity for an overall improvement in skin tone.
  • Natural Amino Acid 
Natural amino acid gently yet deeply cleanse without aggravating the skin.
  • Subtilisin  
Removes unhealthy and dead skin, dissolves buildup and blackheads.
  • Chamomilla Recutita Flower Extract  
Soothes skin redness and irritation, it also eliminates itchiness and allergic and reduces skin inflammation. It may also prevent bacterial infection.
  • Sodium Hyaluronate 
Rehydrates the skin to stave off dryness and tightness, prepping it adequate for treatment products.
  • Papaya Extract 
Exfoliate dead cells to reduce fine lines and improve skin elasticity, hydrate and treat skin inflammation.
  • Vitamin C 
Provides continual whitening function that not only hinders the development of melanin, but also boosts collagen production.
  • Tranexamic Acid 
Diminishes signs of sun-damage such as dark spots and skin irritations. Restrict melanin formation.
  • Essential Olive Oil 
Nourishes and enhances the metabolic rate of dry skin to prevent fine lines.

Direction to use :
Daily usage - Mix with water to develop into a delicate foam. Massage evenly skin and rinse.

Remove make-up - Dispense the gel into dry hands. Massage onto the face in gentle and circular motion until all make-up is completely removed and rinse with water. Repeat steps for heavy make-up.


My Review :

Mieya betul-betul kagum bagaimana Be'White Double Cleansing Gel berfungsi sempurna untuk untuk kedua-dua keadaan sama ada basah dan kering. Packaging yang sangat simple, mempunyai pam untuk mengeluarkan produk dalam jumlah yang konsisten. 

Malah, ia juga dijamin bersih. Mieya hanya perlu menekan pam ke bawah sama ada sekali atau dua kali untuk menggunakannya. Aroma baunya juga wangi serta mudah untuk digunakan. Tak perlu mengambil masa yang lama untuk membersihkan muka lagi.

More info go to :
Subscribe to HiShop for exclusive updates : http://www.hishop.my/subscribe 
**Disclaimer - This product(s) were send to me for product review purposes.

Don't forget to key-in coupon code "NORAMIRAH" upon checkout to enjoy an exclusive rebate of 15% :D :D 

Powerbank, Keperluan Masa Kini

Assalamualaikum wbt :)

Sekarang ni kan, rasa macam handphone cepat benar kehausan tenaga baterinya. Walaupun dah tutup aplikasi serta kurangkan kadar pencahayaannya. Namun begitu, bateri tetap tak boleh tahan walau cuma 24jam. Lain lah kalau handphone 3310 tu, bateri boleh tahan berpuluh-puluh jam kan?

Lagi-lagi sekarang ni kan, zaman teknologi serba canggih semuanya. Nak Instagram satu hal, nak check email lagi, nak hadap facebook, wechat, whatsapp apa lagi  nak guna camera phone snap moment for kenang-kenangan. Sekejap je bateri dah weak kan. Kiranya, handphone dah jadi benda paling penting buat semua manusia di muka bumi ini.

Nasib baiklah sekarang ni dah ada benda canggih seperti powerbank ni. Powerbank sangat membantu pada era manusia terkejar-kejar dengan dunia sosial network sebegini. Ibaratnya dah macam nyawa kedua handphone kita, buat backup kecemasan bila bateri handphone dah nak habis.



Sebab takut terbeli yang ciplak punya, tu yang terus grab Powerbank Samsung tu. Siap ada warranty setahun lagi tau. hehehe  Lagi best bila phone kita dah fully charged, dia akan stop charging. Jadi tak ada lah sampai bateri phone kita over-charged. 

Nak2 sekarang ni dah ketagih main game "Clash of Clans" dekat handphone, bila dah ada powerbank ni senang kerja. Tak payah nak susah-susah mencari charger dan plug. Masuk je cable dan tunggu sampai bateri penuh. Alhamdulillah, dah hampir setahun menggunakan power bank ni, so far tiada apa-apa masalah pon. Banyak dah jasa powerbank ni kepada Mieya.

P/S : Ni pun rasa macam tak cukup satu powerbank. Sebab yelah, handphone dah ada dua bijik. Satu for personal matter dan lagi satu untuk urusan kerja. Fuhhh, ini bukannya kehendak tapi keperluan ye.

Duit Bonus, Mahu Buat Apa?

Assalamualaikum wbt dan salam sayang February semua :)

Tahun baru, semestinya ramai yang dah siap-siap prepare checklist azam yang ingin dicapai sepanjang tahun ni kan? Oleh sebab, hajat di tahun-tahun yang lepas masih banyak yang belum tercapai lagi (salah satunya, nak simpan duit setiap bulan dalam bank simpanan.) Dan yang kedua, nak jadi blogger dan bussinesswoman yang boleh menjadi kebanggaan keluarga. Masa serta disiplin yang tinggi merupakan kunci utama yang perlu dititik-beratkan.

Kalau last entry pon dua bulan yang lepas. Second last entry pon sama jugak, 1-2 entry tanpa input/informasi yang berguna. Agak-agak, boleh ke nak jadi blogger yang berjaya? -.-"


Tapi tak dinafikan lah, sebab sekarang ni Mieya agak sibuk dengan urusan kerja di pejabat, sibuk menguruskan online shop lagi. Macam-macam kerja yang perlu ditangguh di rumah atas alasan takde internet. No i mean, internet for PC/laptop.

Sebab dulu online guna broadband, sekali broadband ada problem sampai tak boleh dibaca oleh sistem komputer.
Tu yang terus patah hati, dengan penuh emosi pi terminate line broadband tanpa berfikir dua tiga empat kali lepas ni nak online macam mana. hahaha

Lepas tu, Mieya plan nak Sign Up wifi pulak. Tapi itulah, kita cuma merancangkan... Akhirnya terbeli smartphone baru siap lengkap dengan line 4G & LTE. Kononnya, senang la lepas ni, nak update entry baru ke, tak pun nak buat artikel masa on-the-way nak jalan-jalan pun dah takde hal lagi dah. Tapi kesudahannya, hanyut dibuai ombak. Update blog entah ke mana, online facebook/main game aje memanjang. 



Okey, kembali semula kepada topik kegemaran ramai di awal tahun ni.. Bonus yang kebiasaannya dibayar pada awal tahun sebelum Chinese New Year, tapi ikut company jugak lah kan?

Bonus for me adalah sebagai ganjaran daripada company atas usaha dan penat lelah kita bekerja sepanjang setahun bekerja. Tapi yang paling Mieya pentingkan ialah INCREMENT (kenaikan gaji). Yalah, dengan kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ni, banyak nak pakai duit kan?

Lain orang, lain caranya nak gunakan duit bonus ye tak? Ada yang gunakan duit bonus untuk melabur dalam ASB, ada yang gunakan duit bonus untuk makan angin, ada yang gunakan duit bonus untuk simpanan, ada yang gunakan duit bonus untuk beli gadget yang diidam-idamkan, ada yang gunakan bonus untuk buat majlis kenduri kahwin. dan bermacam-macam lagi. Tapi kalau ada rezeki lebih jangan lupa berzakat atau bersedekah pada orang lain. Nanti barulah rezeki lagi murah. In Shaa Allah... 

Macam Mieya, bonus bagi tahun 2014 Mieya telah gunakan untuk membeli smartphone. Tapi bagi tahun 2015 ni pula, Mieya telah gunakan untuk membeli cermin mata serta menukar cincin dan gelang emas kepada yang baru. Selebihnya, maybe Mieya akan gunakan untuk sign up internet. Inshaallah.


 Mieya just tambah RM450 selepas trade in yang lama. Kira berbaloi lah. 
Tahun depan boleh melabur lagi ^^

Kalau diikutkan plan asalnya, memang nak simpan duit bonus ke dalam bank. Tapi Mieya sedar bahawa diri ini bukanlah bijak dalam mengawal perbelanjaan. Pantang nampak sales and diskaun sikit, terus mood shopping tu turn on. So, melabur dengan emas adalah pilihan yang tepat bagi spesies macam Mieya ni. Kira macam self reward untuk diri sendiri.

Apa-apa pun, sebenarnya pemberian duit bonus ni antara satu kelebihan dan rezeki yang Allah bagi, asalkan kita tak salah gunakan sudah lah kan? Apa yang penting jangan riak, jangan takbur, jangan nak bangga sangat bila dapat bonus ye tak? Rezeki tu kalau Allah nak tarik bila-bila masa pon boleh. Jadi, hidup perlulah sentiasa beringat.  Nak hala ke mana duit bonus, itu pilihan dan cara masing-masing.