Upgrade Internet Explorer 8 For Window XP

Assalamualaikum wbt :)

Sejak pagi semalam lagi, Mieya dan officemate menghadapi kesukaran untuk melakukan tugasan kerja. Di mana fungsi print dalam server company tidak langsung beroperasi. Hal ini sungguh menyukarkan lebih-lebih lagi tugas Mieya ialah mencetak Delivery Order dan menguruskan penghantaran barangan kepada pembekal. Kalau Delivery Order tak ada, maka barangan pon tak dapat diserahkan kepada pembekal.

Oleh sebab, Technician IT company Mieya cuma ada di Penang pada setiap hari Sabtu sahaja, maka tadi kami telah berhubung melalui telefon dan juga TeamViewer.

Dan setelah diselidiki, rupa-rupanya ia berpunca daripada Internet Explorer yang masih menggunakan version lama, iaitu IE 6.0.. Mieya klik kat SINI dan mula lah download Intenet Explorer 8 ke PC.

Akan tetapi, Mieya masih lagi menghadapi masalah sama, iaitu fungsi cetak tidak langsung kelihatan. Lalu, Mieya ajukan kepada pihak IT dan mereka lah yang menyelesaikan permasalahan Mieya melalui TeamViewer. Alhamdulilah, selesai sudah masalah yang Mieya hadapi.

fungsi ini lah yang hilang tu.

Walau bagaimana pun, PC officemate Mieya still having the same problem. Dan memandangkan masa kerja Technician IT sudah pon berakhir, maka beliau memberi tunjuk ajar kepada Mieya untuk menyelesaikan permasalahan tersebut step by step. Sekiranya usaha Mieya tak berhasil, pada minggu yang akan datang beliau akan tolong menyelesaikan nanti.

So, tadi Mieya cuba juga lah. Ternyata, kandungan RAM pada PC officemate Mieya terlampau berat sehingga menyukarkan kerja-kerja penambah-baikan. So, Mieya uninstall dulu mana-mana software yang berkenaan lalu memulakan kerja download IE 8 dan compress-kan sekali dengan Programming Script company.

Tak perlu tunggu masa yang lama. Sekejap sahaja dah siap install dan permasalahan nak print pon selesai. Lega rasanya bila masalah yang ada selesai jua akhirnya..

P/S : Mieya ni zero basic pasal IT dan komputer.. Tapi Mieya suka mencuba, jadi tak jadi belakang cerita laaaa... hehehehe


1 comments:

Hazmin Hamudin said...

Lamanya masih guna Wondows XP lagi. Windows XP pn dah ditamatkan dah update.