Sebab Supplement Tak Berkesan?

Assalamualaikum wbt and hello peeps :)

So today, Mieya ingin kongsikan beberapa info dan maklumat yang berguna especially for those yang always encounter perihal masalah dah makan bermacam-macam jenis supplemen tapi still tak ada effect sehingga kini. Agak-agaknya kenapa ye?

"Saya ada terbaca blog awak pasal pengambilan vitamin C dan saya nampak perubahan demi perubahan pada kulit awak. Tapi kenapa kulit saya macam ni jugak? Tak ada perubahan langsung!"

"Kawan saya makan Satin Skinz punya lah putih gebu kulit dia. Kenapa kulit saya tak ada effect langsung?"

Hehehe.. ini cuma contoh je la ye. Tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. Lagi-lagi sejak berkecimpung dalam bisnes kecil-kecilan ni, sometimes I have several customers yang bertanyakan soalan sebegini rupa padahal baru ambil supplemen tak sampai seminggu.



Haa... Kalau korang nak tahu, makan supplemen ni kena ada aturan dan pantang larang juga ye. Kena ada disiplin diri dan kesabaran. Bukannya boleh sebarang makan dan ambil ikut suka kita je sebabnya supplemen bukan ubat. Ia berfungsi mengikut sistem tubuh badan kita. So yang penting makan je dengan konsisten. And of course kita semua nak cantik biar lah secara keseluruhannya kan. Bukan hanya physically beautiful but inner beautiful pun penting.

Jadi, apa punca-punca yang menyebabkan pengambilan supplemen menjadi tak berkesan terhadap tubuh badan individu?


 1. Kurang Minum Air Kosong / Air Masak
Tubuh badan kita perlukan air yang secukupnya untuk membolehkan proses penyerapan supplemen secara berkesan dalam badan. Sebaik-baiknya minum lah air dalam anggaran 1 Liter bagi setiap 25kg berat badan anda.

Most of us susah betul nak minum air kosong, sebaliknya lebih prefer ambil air manis melebihi air kosong. Tapi tahukah anda, air manis boleh meningkatkan kepekatan darah sekaligus boleh menyebabkan kegemukan?

2. Tidak Konsisten / Tidak Istiqamah
Nak kesan yang cepat, tapi tak disiplin diri untuk ambil secara konsisten. Hari ini makan, esok lupa, lusa makan, tulat dah lupa balik. Tubuh kita memerlukan sekurang-kurangnya 90 - 120 hari untuk kesan yang terbaik dapat kita lihat. Kesan penyerapan bagi setiap individu tak sama, maka kenalah konsisten kalau nak lihat kesan dengan cepat.

3. Makan supplement semuanya sekaligus
Mieya tahu, kebanyakan dari kita memang malas nak makan ikut jadual. Lepas breakfast semuanya nak telan, sedangkan ia boleh menyebabkan kepekatan darah meningkat dalam masa yang tertentu. Gap kan masa pengambilan supplemen, maybe lepas 1-2 jam baru ambil supplement yang lain.


4. Makan supplemen bersama ubat
Kalau ada ubat dari doktor yang perlu dimakan, sila gap kan masa dengan supplemen. Ini bertujuan bagi mengelakkan darah dalam badan bercelaru, tak dapat nak serap supplemen dengan berkesan. Sebagai contoh, jika anda makan ubat doktor waktu pagi dan malam. Jarakkan masa 1-2 jam untuk makan supplemen pula.

5. Pengambilan kafein / minuman berkarbonat
Pengambilan kafein dan minuman berkabonat boleh merosakkan vitamin yang ada dalam badan kita. Jadi, membazir lah anda melabur wang untuk supplemen kalau kandungan vitamin dalam badan terbuang begitu sahaja kan?

Kadang-kadang tips yang semudah ni kita tak sedar dan tak pernah nak ambil tahu. Bila baca " Oh, baru tahu! "

Have a nice day all :)


1 comments:

Nadratul Syazwana said...

Susah jugak nak amalkan semua ni lagi lagi minum banyak air kosong and jauhkan caffein :)