Yo people, whazzup? Lets che-che-check it out yo.
Dude, seriously, tetibe terperasan macam Zizan RL yang hyper with rap.
Dari segi greet korang semua pulak, pehh memang sebijik macam
Anuar Zain Joe Flizzow lah kan?
Belum lagi rap lagu anak ayam, mahunya sampai ke laut nanti. haha
Perenggan pertama je dah merepek tak ketahuan hala. Anyway, bertemu kembali kita
di ruangan
Warta Negara entri lapuk, (weyh, ko tak payah gedik nak publish post nie lah weyh!) iaitu
entri pasal tahun baru.
Setiap tahun akan ada entri yang beribu-riban di mana para blogger mempublish tajuk entri yang sama ataupun entri yang lebih kurang sama. Dan semestinya, entri tersebut di
publishkan
pada malam ambang tahun baru dan
tepat pada jam 12 tengah malam,
di mana bunga api akan berpercikan dengan meriahnya di ruangan angkasa.
But Mieya pulak post di pagi tahun baru pulak. Semua nie tergendala gara-gara Mieya ke New Year Dinner Party di rumah banglo tauke daddy Mieya, yang terletak berhampiran dengan Bukit Jalil. Hmm, sedihnya kerana
terpaksa meninggalkan lappy sendirian di bawah bantal.
ehh, alamak ! Pecah rahsia, kejap lagi kena tukar tempat sorok lappy nie.
Takut ada orang rompak, bahaya woo. Ada banyak khazanah peribadi dalam nie.
Setiap tahun, semua orang memerah otak, mencari idea, menilik diri sendiri, mencari-cari apa yang masih belum dapat dicapai. then, tulis kesemuanya di dalam buku diari, tak pun dalam belog, tak pun tulis besar-besar lalu ditampal di dalam bilik.
Yes, itulah azam. Hala tuju dan matlamat hidup kita. Semua orang ada azam, termasuk lah diri Mieya jugak. Semua azam, sudah tentu azam yang bajet innocent biar nampak gempak giler.
So, bila ada orang tanya "Apa azam kau?" Okey kalau nak jawab, sila pastikan ayat anda mestilah power, gempak dan deboom supaya orang sekeliling merasa terkesima.
Lalu turut sama mendoakan agar segala azam kau akan tercapai.
bila fikir punya fikir. perah punyalah perah kepala hotak nie dan terus teringat, azam tahun baru nie, Mieya nak sangat :
- nak bangun pagi seawal yang mungkin. Selalu bangun pukul 5.20 pagi lepas tu terus sambung tidur balik. Pukul 6.30 pagi baru bangun balik, lepas mandi terus solat, tutup mata 5 saat. celik balik, terus tidur dua jam.
So lepas nie kalau boleh, bangun seawal 6 pagi, lepas terjaga daripada tidur terus mandi. Lepas tu buat solat sunat tahajjud lalu solat subuh. and then terus turun tolong emak buat sarapan pagi.
- nak ubah sikap yang negatif kepada sikap positif. Past is always be past, buang yang keruh ambil yang jernih, lalu berubah ke arah yang lebih baik, sopan dan nampak matang.
- blogging secara konsisten. Mieya akan cuba curi masa untuk update belog sama ada dua hari sekali atau tiga hari sekali. Itu semua bergantung kepada level kerajinan diri sendiri lah.
- and then kalau boleh, Mieya nak pelbagaikan entri di belog capuk ini. Kalau sebelum nie, Mieya asyik update pasal kehidupan harian Mieya. Mungkin lepas nie Mieya akan cuba masukkan isu-isu semasa ke, pasal makanan ke, pasal tips ke. Yang penting, dapat memberikan manfaat kepada semua.
- nak capai perkara yang belum lagi pernah tercapai. Contohnya, macam buat kontest ke, giveaway ke, teroka satu KL ke, pergi ke tempat-tempat menarik, dll.
hihi, akhirnya siap jugak entri pasal azam Mieya. Sekarang nie, Mieya nak blogjogging
ke blog kawan-kawan. Nak tengok azam orang lain. Kalau gempak, boleh copy paste masuk kat dalam belog. So cool rite ! haha teruk punya perangai.