20 Things, You should know about me !

1. aku tak reti nak ber 'gua lu gua lu'.. itu salah satu 'kepantangan' aku!
2. aku selalu tidur sebelom pukul 11.00 malam setiap hari melainkan hari Khamis
3. aku tak suka dengar lagu korea.. buat dada aku sempit!
4. aku sejenis manusia yang takkan membuang duit semata-mata untuk beli topup sebab nak telefon pakwe!
5. aku sangat suka tengok cerita barbie yang mempunyai gigi yang 'cute'

6. aku tak pernah dapat kad raya berbunga-bunga yang ditabur bedak didalamnya supaya wangi
7. aku takkan buat bunyi 'ting tong' dengan mulut bila berkunjung ke rumah orang
8. aku tak suka pada orang yang ego dan hanya pentingkan diri sendiri.
9. aku tak suka pada orang yang tidak bertanggungjawab.
10. aku tak suka pada orang yang suka mengambil kesempatan.


11. aku tak suka pada orang yang suka memperkecilkan diri orang lain dan mereka ingat diri mereka adalah yang terbaik sekali di dunia.
12. aku tak suka pada orang yang kuat menipu dan yang paling tak suka sekali bila kena tipu dan tertipu.
13. aku tak suka pada orang yang tak fikir pasal masa depan dan masa yang akan datang.
14. aku tak suka pada orang yang suka membuang masa kerana masa itu amat berharga bagi aku.
15. aku tak suka pada orang yang suka sangat mempermain – mainkan perasaan orang lain.

16. aku tak suka pada orang yang suka buat sesuatu ikut suka hati dia je. dia dah sakitkan hati orang lain sekalipun lantaklah dia peduli apa bukan? yang sakit hati bukan diri dia so what..?
17. aku tak suka apabila orang buat aku marah sebab bila aku dah marah, aku boleh jadi macam hulk yang bertukar kaler menjadi hijau tu, tapi cara aku transform berbeza dan lain sikit, takkan berubah kaler. Cuma bila tangan aku melekat kat pipi seseorang sampai tiga hari pun akan terasa sakitnya.
18. aku tak suka pada orang yang gediks ataupun miang dan juga over – reacted yang perasan cantik dan juga handsome no offends tapi aku lebih suka bila seseorang itu merendah diri, murah hati dan tak sombong.
19. jangan buat perkara yang aku tak suka kerana apa yang aku tak suka mungkin orang lain pun tak akan suka bila seseorang buat benda yang mereka tak suka.
20. TAK SUKA , TAK SUKA , TAK SUKA pada orang yang tiada pendirian.



kenapa kita perlukan kawan?

hye korang , salam blog walking semua dan selamat membaca okayy.. firstly terlintas difikiran comel aku nie untuk mengupdate blog pasal LOVE. oppsss, lupa pulak nak bagitahu..

Entry kali nie bukan pasal boyfie okeyyy, i don't have any boyfie tauuu !  Actually kan, mana aku dapat ilham nie ? ilham okay bukan muhd ilham tau ieka ! ish3 ~  cakap pasal kawan kan, siapa kat sini yang takde kawan? angkat muka cepat ? ewww - dasar tipu dan memang penipu la korang kalau takde kawan..
Semua orang dekat dunia nie MESTI ada kawan walaupun cuma seorang ! sejahat-jahat manapun seseorang itu, (jangan nak perasan,bukan korang okay?) dia tetap akan ada seorang kawan sehidup semati la katakan. Aku ponn ada kawan, ramai tau.


kenapa kita perlu ada kawan walaupon sekurang-kurangnya seorang???
Okayyy, aku bagi masa 3 saat untuk korang fikir..
....1....
....2....
....3....



teettttttt! masa dah tamat ! Jawapannya ialah, dengan adanya kawan, kita boleh mewarnai kehidupan kita yang asalnya kain putih je, (tak bercorak-corak pun)..one thing that i realised through friendship, ia mengajar aku menjadi lebih dewasa dan matang dalam melayari liku-liku kehidupan . dalam berkawan ni, macam macam pengalaman manis dan pahit yang kita boleh perolehi . tak semua kawan itu sahabat tapi semua sahabat itu ada lah kawan . you guys get what i mean, right?


kawan yang baik adalah kawan yang sanggup menemani kita sama ada di waktu kita senang OR di waktu kita susah. kawan yang baik memberi kita dorongan dan semangat ketika kita berada di saat kesusahan . kawan yang sebegini lah yang diharapkan oleh semua orang including you guys semua. right ? :)
kawan yang kurang baik pulak adalah kawan yang hanya ada di waktu kita senang sahaja . bila kita susah, jangan katakan batang hidung, bayang-bayang pun tak nampak . kawan yang macam ni lah yang bersepah-sepah di merata rata tempat . mereka hanya tau berkawan tapi tidak tahu erti nilai sebuah persahabatan itu sendiri sebenar nya . and bear in mind, jangan menilai seseorang yang ingin kita berkawan itu berdasarkan luaran nya sahaja . nilai lah based on inside of their heart . then, you will feel the real meaning of friendship :)


 tapi AWAS janganlah korang pilih kawan yang boleh membawa kemudaratan kepada kesihatan dan kehidupan korang tau ! kang sampai pulak surat saman dekat rumah aku pasal aku suruh cari kawan :) nononooo, kasihan aku kanggg~


* kawan ketika senang memang senang nak cari ,
tapi kawan ketika susah menang susah nak cari *

4 Sebab Kenapa Korang Masih Single

Assalamualaikum semua.. mesti ada yang tertanya-tanya bukan, tatkala melihat title di atas.

Actually, aku bukanlah expert macam doktor cinta ataupun banyak pengalaman dalam hal cinta ni. tapi ini sekadar pemerhatian dari seorang pemerhati macam aku ni.. hehe

Okey, di sini aku sertakan antara sebab kenapa anda masih single dalam ringkasan 4M.. eh, apa benda pulak 4M nie kan..? Okey, Mari kaji satu persatu mengenai 4M nie ye..

1. Malu
okay, Disebabkan korang ni pemalu, jadi perkara macam ini secara tak langsung menjadi penghalang untuk korang tamatkan zaman single korang. Korang nak mengorat anak orang pon korang malu pulak kan? khususnya lelaki lah.

Macam perempuan pulak, bila lelaki yang dorang suka (crush) lalu dekat dengan dorang maka dorang pun lari. Takpun alihkan perhatian ke tempat lain sebab rasa malu yang amat.. So, lelaki tu pon tak sedar lah kehadiran korang wahai perempuan! Oleh itu, aku rasa malu antara sebab korang masih single.

2. Memilih
Haa.. nie lagi satu sebab kenapa korang single..! Korang nie sememangnya cantik ataupun seorang yang hensem. Calon berderet-deret depan mata tinggal nak pilih je.

Tapi disebabkan korang memilih sangat takde lah yang jadi pilihan hati kan. Korang punya taste tu memang tinggi lah. Kalau kurang satu je daripada salah satu kriteria yang korang nak terus korang reject. Sebab memilih sangat lah korang single lagi sampai sekarang.

3. Malas
Sebab yang seterusnya pulak malas. Haa.. Kalau korang dah cakap korang malas memang tak boleh nak buat apa lah kan? Kalau orang dah lama ataupun dah biasa single memang akan malas nak couple ni. sebabnya, couple ni perlukan komitmen dan macam-macam benda nak kena korbankan nanti. So, dorang pun malas lah nak couple.

Ada jugak yang tak nak couple sebab malas nak mesej lama-lama, nak bergayut lama-lama dan macam-macam lagi lah. But aku rasa, korang paling malas nak bagi komitmen lah. sebab tu korang single lagi kot.


4. Merendah diri
Haa.. Yang nie pun boleh jadi antara salah satu sebab yang relevan jugak lah. Korang nie terlalu merendah diri lah. Korang rasa diri korang ni serba kekurangan dan tak layak nak couple dengan siapa-siapa pun. lebih-lebih lagi kalau korang tengok orang tu cantik atau hensem.

Secara automatik anda terus cakap kat diri yang tak mungkin anda akan dapat orang tu sebelum mencuba. Kalau anda menyukai seseorang, yakin lah pada diri ye. Luahkan jangan pendam. (jangan jadi macam aku). Cubalah yang terbaik dan jangan mengalah.


** kebanyakan daripada sebab ni ada kaitan dengan aku kot..
** aku masih single jugak sebenarnya..hehe

tips penjagaan bibir

Assalamualaikum semua. Hari ni aku baik hati sedikit. (eceh3, puji diri pulak) Hari ni aku nak bagi tips macam mana nak jaga kecantikan bibir korang. Tips untuk budak perempuan je. Kenapa perempuan? Sebab perempuan kan nak sentiasa nampak cantik cun malacun malatops. Auch.. terlebih pulah agaknya aku nie. Grrr.. Bunyi macam pakar kecantikan je kan. haha. Takde lah. Actually,sharing is caring, right?
Siapa yang tak suka kalau bibir cantik macam Angelina Jolie? cuba angkat tangan kejap, aku nak tengok. Sumpah aku suka bibir dia. Seksi okey.
Cakap banyak pun tak guna jugak kan. So here we go :


* Jangan basahkan bibir anda dengan air liur
Sesetengah perempuan bila rasa bibir kering dorang akan basahkan dengan air liur. Cara ni terbukti salah. Dengan cara ni, akan menyebabkan bibir kering dengan lebih teruk. So, bagi gadis yang ada habit macam ni, elakkan lah ye.
* Gosokkan bibir anda dengan berus gigi
Cara yang elok, sebelum tidur masa nak gosok gigi tu. Berus lembut-lembut pada bibir untuk menanggalkan kulit kering pada bibir. Jangan berus terlalu kuat sebab takut nanti bibir akan luka. Lepas tu, bilas dengan air. Lap bibir dengan tuala bersih. Anda akan rasa bibir lebih lembut.
* Sapu madu untuk bibir merah
Amalan ni elok amalkan sebelum tidur. Tapi sapu nipis-nipis pada bibir. Jangan sapu terlalu banyak sebab takut esok semut buat sarang kat bibir awak pulak. Hikhik
* Jangan kupas kulit kering
Seeloknya elakkan tabiat suka kupas kulit kering pada bibir anda. Ini akan menyebabkan luka pada bibir anda dan memburukkan lagi kulit bibir anda. Sebaiknya untuk cara yang mudah. Ambil tuala bersih, basahkan dengan air sedikit. Kemudian gosok lembut pada bibir. Ini akan memudahkan proses untuk menanggalkan kulit kering pada bibir anda.


note : aku akan cuba mempelbagaikan blog nie dengan tips okay?

Happy Birthday To Me & Myself

assalammualaikum.. aku ada cerita nak share nie.. kalau nak dengar, dengar lah.. 
aku takkan letak pist0l atas kepala k0wang punya, kalau k0wang tak nak baca.. hihi~ =)
hmm.. haaa... yang jauh tu meh rapat-rapat dan yang rapat tuw meh la lagi dekat.. mieya nak cerita something nie.. Pada 02.02.2011 merupakan 17 tah0n sudah aku dilahirkan di muka bumi ini.. (malu la pulak nak cerita.. yelah, da tua da k0ttt..) hihi~  
happy birthday to me ,
happy birthday to me , 
happy birthday to mieya atiera , 
happy birthday to me :D


Selamat menyambut ulangtahun ke-17 mieya ! haha.. kesengalan melanda sudah.. 
Actually, bezday aku kali nie memang MEMBOSANKAN lah.. 
bukan macam tahun lepas.. yelah, balik kampung punya pasal ! tak dapat nak merasa kek hari jadi..huhu !!
sedih gilaaa , gilaaa, gilaaa ! tapi takpe, abah dah janji dengan Mieya suruh shopping puas-puas.

LOVE YOU DAD !