Hari ini, aku rasa, aku nak berkongsi cerita mengenai kenangan manis aku bersama-sama dengan kawan sekelas semasa mengadakan lawatan sambil belajar di bumi Pulau Pinang. Aku rasa, aku perlu abadikan segala kenangan manis aku daripada hilang dari ingatan begitu sahaja. Kan sayang kalau macam tu??
Walaupun peristiwa ini sudah tiga bulan berlalu, tapi saat-saat indah di sana tidak dapat dilupakan. Lagipun, aku mula berblog kan di penghujung bulan Oktober 2010. Macam mana pulak aku nak update betul-betul tepat pada bulan Julai 2010? Cuba habaq mai ! Chewah..
Kami bertolak dari sekolah seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah bas pelancongan. Dalam perjalanan, kami berhenti sebanyak dua kali di kawasan RNR Sungai Buloh dan RNR Sungai Perak untuk bersarapan pagi serta makan tengah hari.
Dan tiba di bumi Pulau Pinang pada jam 1 tengah hari. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di sini dan rataa-ratanya semua kawan-kawan berasa sangat teruja melihat keindahan lautan yang membiru semasa berada di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang. Kalau sebelum ini kami hanya mengenalinya melalui lagu Seberang Perai. Tapi kali ini, kami dapat menyaksikan dengan kedua-dua biji mata kami sendiri.
Kami terus menuju ke destinasi pertama kami iaitu ke Hutan Simpan Teluk Bahang untuk menjalankan aktiviti jungle trecking. Di sini, kami diperkenalkan dengan beberapa jenis tumbuhan dan pokok-pokok yang dah berusia abad tahun. Setelah selesai sesi jungle trecking, kami bersantai sebentar dengan merendam kaki di kolam bagi menghilangkan sengal-sengal di kaki.
Di sebelah petangnya, kami check in ke resort tempat penginapan kami yang berhampiran dengan sebuah perkampungan nelayan di Teluk Bahang. Kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu aktiviti seterusnya di sebelah malam.
Pada pukul 8 malam, kami berjalan-jalan ke Batu Feringghi untuk menikmati makan malam. Disini, kami diberi kebebasan untuk mencari tempat makan mengikut pilihan masing-masing. Di sekitar tepi jalan Batu Feringghi nie, terdapat puluhan gerai (bazaar) yang menjual beraneka jenis barangan atau ole-ole sebagai cenderamata.
Tepat jam 12 malam, kami pulang merehatkan diri kerana aktiviti keesokan harinya lebih menyeronokkan.
Pagi-pagi lagi, seawal jam 7.30 pagi kami berkumpul untuk melawat Taman Rama-rama (Buttterfly Farm). Suasana di salam taman ini sangat mendamaikan dan mengasyikkan mata yang memandang dengan panoramanya dan juga rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari.
Selepas itu, kami melawat pula ke Fort Cornwallis. Di sini, terdapat banyak meriam, sejarah-sejarah mengenai Pulau Pinang. Terdapat juga artifak-artifak lama, senjata-senjata, penjara/tempat kurungan yang kecil dan sempit. And tidak lupa patung Francis Light. Mieya paling suka dengan lokasinya yang strategik, membelakangkan lautan biru yang luas terbentang.
And then, kami melawat pula ke Tanjung Tokong. Sebuah tokong yang paling tinggi sekali di situ. Disini, kami memborong cenderahati untuk dibawa pulang nanti. Jenuhnya nak mendaki anak tangga yang banyak tu, usah dicakap lah. haha Selepas itu, kami pulang semula ke rumah penginapan kami di pantai Teluk Bahang. Berjalan-jalan di tepi pantai secara beramai-ramai.
Di sebelah malam pula, sepatutnya rancangan kami adalah untuk ke Plaza Gurney. Menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sana. Tapi malangnya, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Jadi, kami aturkan rancangan lain. iaitu berbarbique makanan-makanan laut di pondok yang berhampiran.
Keesokan paginya, kami semua berpakat untuk bangun awal. Nak tengok pemandangan matahari terbit. Semua mata leka menanti kemunculan sang mentari di pagi hari. Betapa indahnya ciptaanmu tuhan. Subhanallah !
Hari ini, kami bersiap-siap untuk check out resort tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam ini. Aktiviti kami hari ini sepatutnya bershopping sakan di Queensbay. Tapi malangnya, jalan sangat-sangat sesak di situ and plan kami terpaksa ditukar untuk memborong ole-ole atau buah tangan di komtar sahaja.
Seronoknya bila teringat kembali memmori-memori sewaktu berada di Penang suatu ketika dulu. Dapat pekena nasi kandar, pasemboq, asam katak dll, Entah bila lah dapat kembali lagi ke sini.
0 comments:
Post a Comment