Tentang Penulis, Mieya Atiera :)

Assalamualaikum and WELCOME fellos..

Ehemmm. Kemain lagi siap post gambar full page kat ruangan About Me ni. Actually, takde lah sangat nak buat post pasal About Me ni. Tapi dah rasa macam perlu kot, biar senang orang nak tengok bio seterusnya, berkenal dengan lebih rapat. mihmih

Mari mulakan dengan nama dulu.


Mieya Atiera, merupakan antara nama panggilan yang paling Mieya suka semasa di zaman kanak-kanak dulu and of course till now.

Mieya merupakan pengganti nama diri yang selalu Mieya gunakan selain "kita". Tersangat lah comel bukan, bila menggunakan kata ganti nama diri "kita" bila bercakap dengan orang lain.

So, oleh sebab Mieya menghadapi kesukaran to pronounce huruf R, (kes yang sama macam kak Lisa Surihani kita tu.) End up, kita paksa orang sekeliling panggil  kita "Mieya". That's very comforts me terutamanya bila berkomunikasi dengan orang lain. Takde lah asyik nak guna "kita-kita" bila bercakap ni.

Manakala Atiera adalah nama yang diberikan oleh ibu angkat Mieya. Di mana beliau tiada anak perempuan. Sama jugalah macam emak dan abah Mieya, sehingga lah terlahirnya seorang cahaya mata perempuan mereka pada 02.02.1994. Mieya lah, siapa lagi kan? wink3

Nama Atiera ini telah diberikan oleh beliau kepada emak Mieya. Tetapi, belum sempat emak Mieya memberikan nama ini kepada abah Mieya. Abah Mieya sudah pon mendaftarkan nama Mieya sebagai Nor Amirah

Jadi berbekalkan daripada peristiwa itu... Abah sering memanggil Mieya dengan nama penuh, iaitu Nor Amirah Atirah setiap kali nak pujuk Mieya yang suka merajuk. Ya, Mieya mudah cair hati bila mendengar orang memanggil Mieya dengan nama sebegitu.


Umur? Eh, kita muda lagi sebenarnya. Baru je nak menginjak ke angka 20 tahun ni. Kita lahir dekat Petaling Jaya, dalam rumah yang kita diami sekarang ni. Emak cakap, tak sempat nak ke klinik so, kita pon tetiba lahir dalam rumah.

Study? Errr.. kita study sampai SPM je. Pernah sambung pengajian di UiTM Pulau Pinang (diploma) tapi tak boleh nak survive. Maybe sebab semangat tak kental dan faktor persekitaran (belajar dengan budak dari matriks) lewls X_X  So, kita ambil keputusan untuk berhenti belajar. 

Dan mula bekerja tetap sebagai kerani am di sebuah syarikat tyre supplier (nama company dirahsiakan) which acts as a distributor of tires and tubes in West Malaysia. 

Ohh family. Saya 5th dari 6 orang adik beradik. Ada 4 abang, and 1 adik perempuan. Saya tak ada kakak, tapi mujurlah dapat menumpang kasih dengan dua orang kakak ipar. Okay, saya paling rapat dengan satu-satunya adik saya ni. Semua orang sayang dia, semua orang lebihkan dia. Maklum lah anak bongsu. Me is so jealous!


Next, mengenai blog pula.. Currently, I've blog for about 3 years already where my blog includes my personal life, hobby, tips and info on our health, personal care, opinions and my views on the film, novel, and more. Now, I'm started to give a review about beauty products, skin care and some more.

Mengenai nama budakshumort dalam penjenamaan nama blog ini, ternyata ramai sekali yang menyangkal pendapat Mieya untuk terus menerus menggunakan nama ini. Ramai yang beranggapan bahawa budakshumort tiada apa-apa maksud, selain menggunakan struktur kata yang sukar difahami. Berbelit-belit orang kata.

Actually, budakshumort named from budak comot which is gelaran untuk Mieya based on penampilan yang simple, tak mengikut peredaran fesyen dalam berpakaian, tak pandai jalan ke sana ke mari, tak pandai bermekap, muka comot maybe sebab skin condition (oily + sunburn)

Tapi nak buek camno. Mieya sendiri pon keliru dari dulu sampai lah ke sekarang, nak jenamakan blog Mieya nie macam mana. Hmm... korang ada cadangan tak?


3 comments:

iha said...

Yeyyy, kita geng pelat R.. :D

Unknown said...

@Iha Zaliza Yeay, ada geng !

Unknown said...

ATHIRAH TU NAMA ANAK KAK BUI..^_^