Hi-Tea di Crown Hotel, Petaling Jaya

Assalamualaikum :)

Hari nie adalah hari yang sungguh menyeronokkan bagi aku dan budak2 KOP yang lain. ermm,,nak tau kenapa? 

Actually, hari nie cikgu BELANJA kita orang makan2 di sebuah hotel yang terletak di sekitar Petaling Jaya.


hari nie punye r awaL aku bangun,, pkuL 6.50 am tuw.. prepare kan baju yang nak di pakai nanti r kate an.. sebelum nie lau hari sabtu, jangan harap la aku nak bangun awal.. KANTOI ! hehe anak sape r nie eyh?
setelah beberape minit aq mEncari baju yang sesuai untuk high tea nanti,

akhirnye aku memiLih untuk memakai baju kemeja putih n seLuar sLack hitam.. 
tuDung lak warNe cokelat n b'bunga ckitt.. pkuL 11, aku n my bestie, ieyka telah selamat tibe di skola.. 
b'macam-macam citew yang kami sembangkan sementara menunggu ketibaan cikgu n dak kop yang lain.. tepat pukul 12, kami pown b'tolak ke Crown hotel.. 

GUESS WHAT?? we all pErgi ke sane dengan meNaiki bas skola..haha,, OMG! sepanjang p'jalanan, memang memeritkan.. b'macam-macam bunyi yang MENGILUKAN yang kuar drpd bas t'sebut.. namenye pown bas skola, faham2 jew r kan? huhu..naseb baik r bas uw x b'henti kat depan hotel uw.. dea b'henti kat tepi jalan jew.. Lau x,konfem aku x mau turun.. segan mat..huhu.. 

setibanye di hotel uw,, kelihatan sebuah kete yang b'jaye mncuri tumpuan aku.. smaRt doe..da r comey..
rugi lak x smpat nak amik gambar..huhu:( so,kite owg pown melangkah masok ke dalam hotel menuju ke ruang makan.. dak KOP pada awal-awalnye, sumenye malu2 kuceng nak amik makanan..

tetapi,disebabkan akak mieya n akak ieyka (ups,,akak lak) yang ajak, dea owg pown bawu r nak amik makanan.. oke2,,meNu pertama yang kite orang amik ialah nasi minyak n beberape jenis lauk spt chicken,kentang wedges,dragon ball n sedikit sayur.. erm, bwu la nmenye makanan sepinggan lengkap..  
dalam banyak2 pinggan dak kop, pinggan ieyka la yg paling penuh ngan makanan.. macam dah KEBULUR aq tengok.. cian cian cian ! anak sape la tu! lepas uw, kite owg makan kek , sedikit buah-buahan n aiskrim sbg desert.. seDap giLer..selepas beberape sesi fotografi (cehh,,fotografi kononn) aQ pown mengajak dak kop untuk menikmati ABC.. kesian kt akak yang jage kat tempat ABC tuw,, banyak kerenah towL dea owg nie,, bahan nie x nak itu x nak.. aku jew yg x banyak kisah.. konfem akak uw pning punyer dengan krenah dea owg..hehe 

adew r tadi abg waiter tu datang nak kutip pinggan kat meja kite owg.. lepas uw,ley lak zue panggil abang waiter yang agak encem uw 'acik'? adew ke patot? dea ingat nie warung kat kedai mamak kew? abis satu hotel t'dgr gelakan tawa kite owg.. sengal punye zue..wat malu jew.. tepat jam 2.30 petang, kite owg pown b'siap-siap untuk balik ke rumah.. sebelum kite owg kuar, sempat jugak kite owg byebye kat acik a.k.a abang waiter uw.. t'senyum-senyum abang waiter uw ngan gelagat kite owg.. kuar je dari hotel,, kte owg pown amik r gambar untuk kenang-kenangan..  masuk je kat dalam bas, ley lak si zue nie wat hal..hoho,,dea nie lagi..
tibe2 jew muntah.. tu r,,makan x ingat dunia lagi.. MELANTAK lagi bnyak2.. huhu,,
bila t'ingatkan blik pristiwa tadi,, aQ asyik nak t'gelak jew.. kelakar btowL.. HEHE



Lawatan Sambil Belajar dke Pulau Pinang

Assalamualaikum wbt :)

Hari ini, aku rasa, aku nak berkongsi cerita mengenai kenangan manis aku bersama-sama dengan kawan sekelas semasa mengadakan lawatan sambil belajar di bumi Pulau Pinang. Aku rasa, aku perlu abadikan segala kenangan manis aku daripada hilang dari ingatan begitu sahaja. Kan sayang kalau macam tu??

Walaupun peristiwa ini sudah tiga bulan berlalu, tapi saat-saat indah di sana tidak dapat dilupakan. Lagipun, aku mula berblog kan di penghujung bulan Oktober 2010. Macam mana pulak aku nak update betul-betul tepat pada bulan Julai 2010? Cuba habaq mai ! Chewah..

Kami bertolak dari sekolah seawal jam 8.00 pagi dengan menaiki sebuah bas pelancongan. Dalam perjalanan, kami berhenti sebanyak dua kali di kawasan RNR Sungai Buloh dan RNR Sungai Perak untuk bersarapan pagi serta makan tengah hari.


Dan tiba di bumi Pulau Pinang pada jam 1 tengah hari. Alhamdulillah, kami semua selamat sampai di sini dan rataa-ratanya semua kawan-kawan berasa sangat teruja melihat keindahan lautan yang membiru semasa berada di tengah-tengah Jambatan Pulau Pinang. Kalau sebelum ini kami hanya mengenalinya melalui lagu Seberang Perai. Tapi kali ini, kami dapat menyaksikan dengan kedua-dua biji mata kami sendiri.

Kami terus menuju ke destinasi pertama kami iaitu ke Hutan Simpan Teluk Bahang untuk menjalankan aktiviti jungle trecking. Di sini, kami diperkenalkan dengan beberapa jenis tumbuhan dan pokok-pokok yang dah berusia abad tahun. Setelah selesai sesi jungle trecking, kami bersantai sebentar dengan merendam kaki di kolam bagi menghilangkan sengal-sengal di kaki.


Di sebelah petangnya, kami check in ke resort tempat penginapan kami yang berhampiran dengan sebuah perkampungan nelayan di Teluk Bahang. Kami berehat-rehat sebentar sementara menunggu aktiviti seterusnya di sebelah malam.


Pada pukul 8 malam, kami berjalan-jalan ke Batu Feringghi untuk menikmati makan malam. Disini, kami diberi kebebasan untuk mencari tempat makan mengikut pilihan masing-masing. Di sekitar tepi jalan Batu Feringghi nie, terdapat puluhan gerai (bazaar) yang menjual beraneka jenis barangan atau ole-ole sebagai cenderamata.


Tepat jam 12 malam, kami pulang merehatkan diri kerana aktiviti keesokan harinya lebih menyeronokkan.

Pagi-pagi lagi, seawal jam 7.30 pagi kami berkumpul untuk melawat Taman Rama-rama (Buttterfly Farm). Suasana di salam taman ini sangat mendamaikan dan mengasyikkan mata yang memandang dengan panoramanya dan juga rama-rama yang berterbangan ke sana ke mari.


Selepas itu, kami melawat pula ke Fort Cornwallis. Di sini, terdapat banyak meriam, sejarah-sejarah mengenai Pulau Pinang. Terdapat juga artifak-artifak lama, senjata-senjata, penjara/tempat kurungan yang kecil dan sempit. And tidak lupa patung Francis Light. Mieya paling suka dengan lokasinya yang strategik, membelakangkan lautan biru yang luas terbentang.


And then, kami melawat pula ke Tanjung Tokong. Sebuah tokong yang paling tinggi sekali di situ. Disini, kami memborong cenderahati untuk dibawa pulang nanti. Jenuhnya nak mendaki anak tangga yang banyak tu, usah dicakap lah. haha Selepas itu, kami pulang semula ke rumah penginapan kami di pantai Teluk Bahang. Berjalan-jalan di tepi pantai secara beramai-ramai.

Di sebelah malam pula, sepatutnya rancangan kami adalah untuk ke Plaza Gurney. Menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sana. Tapi malangnya, hujan turun dengan selebat-lebatnya. Jadi, kami aturkan rancangan lain. iaitu berbarbique makanan-makanan laut di pondok yang berhampiran.


Keesokan paginya, kami semua berpakat untuk bangun awal. Nak tengok pemandangan matahari terbit. Semua mata leka menanti kemunculan sang mentari di pagi hari. Betapa indahnya ciptaanmu tuhan. Subhanallah !


Hari ini, kami bersiap-siap untuk check out resort tempat penginapan kami selama 3 hari 2 malam ini. Aktiviti kami hari ini sepatutnya bershopping sakan di Queensbay. Tapi malangnya, jalan sangat-sangat sesak di situ and plan kami terpaksa ditukar untuk memborong ole-ole atau buah tangan di komtar sahaja.


Seronoknya bila teringat kembali memmori-memori sewaktu berada di Penang suatu ketika dulu. Dapat pekena nasi kandar, pasemboq, asam katak dll, Entah bila lah dapat kembali lagi ke sini.


Tentang Penulis, Mieya Atiera :)

Assalamualaikum and WELCOME fellos..

Ehemmm. Kemain lagi siap post gambar full page kat ruangan About Me ni. Actually, takde lah sangat nak buat post pasal About Me ni. Tapi dah rasa macam perlu kot, biar senang orang nak tengok bio seterusnya, berkenal dengan lebih rapat. mihmih

Mari mulakan dengan nama dulu.


Mieya Atiera, merupakan antara nama panggilan yang paling Mieya suka semasa di zaman kanak-kanak dulu and of course till now.

Mieya merupakan pengganti nama diri yang selalu Mieya gunakan selain "kita". Tersangat lah comel bukan, bila menggunakan kata ganti nama diri "kita" bila bercakap dengan orang lain.

So, oleh sebab Mieya menghadapi kesukaran to pronounce huruf R, (kes yang sama macam kak Lisa Surihani kita tu.) End up, kita paksa orang sekeliling panggil  kita "Mieya". That's very comforts me terutamanya bila berkomunikasi dengan orang lain. Takde lah asyik nak guna "kita-kita" bila bercakap ni.

Manakala Atiera adalah nama yang diberikan oleh ibu angkat Mieya. Di mana beliau tiada anak perempuan. Sama jugalah macam emak dan abah Mieya, sehingga lah terlahirnya seorang cahaya mata perempuan mereka pada 02.02.1994. Mieya lah, siapa lagi kan? wink3

Nama Atiera ini telah diberikan oleh beliau kepada emak Mieya. Tetapi, belum sempat emak Mieya memberikan nama ini kepada abah Mieya. Abah Mieya sudah pon mendaftarkan nama Mieya sebagai Nor Amirah

Jadi berbekalkan daripada peristiwa itu... Abah sering memanggil Mieya dengan nama penuh, iaitu Nor Amirah Atirah setiap kali nak pujuk Mieya yang suka merajuk. Ya, Mieya mudah cair hati bila mendengar orang memanggil Mieya dengan nama sebegitu.


Umur? Eh, kita muda lagi sebenarnya. Baru je nak menginjak ke angka 20 tahun ni. Kita lahir dekat Petaling Jaya, dalam rumah yang kita diami sekarang ni. Emak cakap, tak sempat nak ke klinik so, kita pon tetiba lahir dalam rumah.

Study? Errr.. kita study sampai SPM je. Pernah sambung pengajian di UiTM Pulau Pinang (diploma) tapi tak boleh nak survive. Maybe sebab semangat tak kental dan faktor persekitaran (belajar dengan budak dari matriks) lewls X_X  So, kita ambil keputusan untuk berhenti belajar. 

Dan mula bekerja tetap sebagai kerani am di sebuah syarikat tyre supplier (nama company dirahsiakan) which acts as a distributor of tires and tubes in West Malaysia. 

Ohh family. Saya 5th dari 6 orang adik beradik. Ada 4 abang, and 1 adik perempuan. Saya tak ada kakak, tapi mujurlah dapat menumpang kasih dengan dua orang kakak ipar. Okay, saya paling rapat dengan satu-satunya adik saya ni. Semua orang sayang dia, semua orang lebihkan dia. Maklum lah anak bongsu. Me is so jealous!


Next, mengenai blog pula.. Currently, I've blog for about 3 years already where my blog includes my personal life, hobby, tips and info on our health, personal care, opinions and my views on the film, novel, and more. Now, I'm started to give a review about beauty products, skin care and some more.

Mengenai nama budakshumort dalam penjenamaan nama blog ini, ternyata ramai sekali yang menyangkal pendapat Mieya untuk terus menerus menggunakan nama ini. Ramai yang beranggapan bahawa budakshumort tiada apa-apa maksud, selain menggunakan struktur kata yang sukar difahami. Berbelit-belit orang kata.

Actually, budakshumort named from budak comot which is gelaran untuk Mieya based on penampilan yang simple, tak mengikut peredaran fesyen dalam berpakaian, tak pandai jalan ke sana ke mari, tak pandai bermekap, muka comot maybe sebab skin condition (oily + sunburn)

Tapi nak buek camno. Mieya sendiri pon keliru dari dulu sampai lah ke sekarang, nak jenamakan blog Mieya nie macam mana. Hmm... korang ada cadangan tak?