Showing posts with label Buffered Earning. Show all posts
Showing posts with label Buffered Earning. Show all posts

Alhamdulillah, BE Baru Dari Nuffnang

Assalamualaikum wbt dan selamat pagi kalian :)

Alhamdulillah. Rezeki Mieya di bulan ini sungguh menggalakkan. Sungguh tak disangka-sangka, kesabaran menunggu dan juga kegigihan menghupdate blog yang Mieya cuba usahakan saban hari selama ini ternyata berbaloi.

Di mana kali ini, Mieya telah mendapat suprise daripada pihak Nuffnang yang telah menghadiahkan Buffered Earning kepada Mieya. BE kali ini ditaja khas oleh Drypers Relaunch.


Dan apa yang korang sedang perhatikan sekarang nie, adalah betul belaka. Tak aci lah kalau main tipu-tipu kan? Ini merupakan BE yang keempat yang bertandang ke belog Mieya sepanjang bulan Jun ini.

So, sekarang ini keputusan semuanya terletak di tangan korang semua, iaitu pembaca setia blog Mieya. Kalau ada nampak salah satu iklan Nuffnang diatas yang berlegar-legar di blog Mieya, klik lah sekali. Tak payah klik berlebih-lebih okey?

Terima kasih di atas budi bicara kalian semua. Sekian untuk entri kali nie :)

Tips Nuffnang : Naikkan CTR Bonus CPUV

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Ingat lagi dengan post Mieya yang >>ini<< Di mana Mieya ada ceritakan mengenai bintang di Nuffnang tu kan? Okey, itu sebenarnya rating yang Nuffnang bagi kat blog kita.


Adakah korang tahu bagaimana nak dapat CTR Bonus dari CPUV/BE Nuffnang yang korang dapat? Jangan lepaskan peluang sementara kempen CPUV/BE masih berjalan di blog korang.

Ke masih ada lagi di kalangan korang yang tak tahu, apakah itu CTR Bonus? Okey, biar Mieya terangkan berdasarkan jawapan dari maklum balas pihak Nuffnang.
  1. Apakah itu CTR Bonus?
  2. Bagaimanakah cara untuk mendapat CTR Bonus?
  3. Apakah itu Rating Star dan macam mana nak naikkan bilangan rating star?
  4. Apakah yang dimaksudkan dengan NA di CTR Click Per Campaign (Iklan CPC)

Macam mana nak dapat CTR tu sebanyak 0.2%? Haaa.. senang aje. Iklan-iklan Buffered Earning/CPUV nuffnang akan keluar di salah satu antara tiga tempat ads nuffnang dan kena lah dapat banyak klik

Jadi, korang jangan lupa klik iklan-iklan Nuffnang yang sedang berjalan di blog Mieya nie! Lagipun, iklan dah semakin banyak sekarang nie. Tak salah kalau saling membantu antara satu sama lain :)


Metered Earning Tertinggi yang Mieya pernah dapat

Assalamualaikum dan selamat petang semua :)

Hari ini adalah hari Isnin, hari yang lebih dikenali dengan Monday Blues disebabkan ramai yang sedang bermalas-malasan dek kerana hari persekolahan, dengan perhimpunan mingguannya, dengan tak bersemangat dan bermuka toya nak pergi bekerja.

Haiyooo ! Tak nak lah buat macam tu. Tak baik. Sepatutnya, hari-hari sebegini perlu lah dihadapi dengan hati yang penuh bersemangat, berkobar-kobar, malah lebih berkeyakinan untuk menghadapi cabaran baru.

Hari Isnin, seperti biasa, Mieya akan melihat prestasi blog budakshumort nie dari kaca mata Nuffnang. Dan seperti yang dijangkakan di minggu yang lalu, BE dari Trudy and Teddy 2012 akhirnya telah berakhir menjadi Metered Earning setelah hampir sebulan lebih bertandang di blog Mieya nie.

Alhamdulillah. Dengan berakhirnya Buffered Earning ini sekaligus telah menjadikan beliau sebagai Metered Earning yang tertinggi yang pernah Mieya dapat. Tahniah si baby yang kiut-miut kesayangan Mieya nie.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemusykilan yang timbul bila BE dari Trudy & Teddy nie tamat. Lagi-lagi bila melihat bintang-bintang di Nuffnang nie sekejap banyak dan sekejap sedikit.


Nampak gayanya, lepas nie kena lah rajin-rajinkan diri untuk bertanya kepada pihak Nuffnang. Kenapa bintang di blog Mieya jadi begitu? Takpe, sedikit demi sedikit kita perlu belajar untuk mendalami ilmu Nuffnang. Manalah tahu, kalau-kalau lepas nie Nuffnang bermurah hati nak bagi BE baru lagi kan. Siapa tahu, ye dak?

HAHA. Insyaallah, kalau rezeki dengan Nuffnang masih melekat. Lagi-lagi bila musim EURO 2012 sedang hangat berlangsung. Doa-doakan lah ye :)

Akhirnya, berakhir sudah kemarau Buffered Earning

Assalamualaikum wbt dan selamat petang kalian :)

Setelah hampir sebulan, blog tidak dikunjungi sebarang buah tangan daripada Nuffnang. Setelah membuat kajian sendiri mengenai sebab musabab Buffered Earning tak mahu melekat tempoh hari. Errr, maksud Mieya lebih kurang dua minggu yang lepas.

Akhirnya, terbuka hati jugak pihak Nuffnang dalam menghadiahkan seketul BE kepada blog Mieya. Alhamdulillah, akhirnya berakhir sudah musim kemarau Buffered Earning dari Nuffnang. Dan BE kali ini merupakan belas ihsan dari Shell Advance 2012.
kalau nampak iklan dari Shell, mohon klik lah ye :)
Meskipun, ada satu lagi BE yang masih lagi berjalan, iaitu iklan Trudy & Teddy 2012. Alaa, iklan baby kat atas header tu. Dah sebulan dah usia baby Mieya nie. Yang mana Mieya tatang, jaga, belai ibarat menatang minyak yang penuh tanpa tertumpah sedikit pon. huhu, panjangnya umur awak kan :)

Diharapkan dengan kehadiran BE baru nie, sedikit sebanyak dapat membakar semangat Mieya untuk terus berblogging yang semakin hari semakin kecik api semangatnya. Harap-haraplah begitu.

Nuffnang bagi BE lagi, Alhamdulillah.

Assalamualaikum dan selamat petang warga budakshumort sekalian :)

Wahhh, teruja gila babeng. Eh, silap! Ini bukannya perasaan teruja lagi kalau dah tiga kali berturut-turut publish entri tanpa henti. Tapi, ini mengenai perasaan tahap maksima yang Mieya peroleh setakat nie dari blogging.

Meskipun dah seharian tak blogwalking, tak balas komen-komen korang, tak update blog sampai 3 entri sehari, tak ping url blog di facebook. Tapi siapa sangka, blog cikai Mieya nie pon masih lagi dikunjungi oleh pelawat tanpa henti semalam.

Sehingga menyebabkan trafik tetap cool, terlebih maintain daripada kebiasaannya. Semua ini mungkin disebabkan oleh entri mengenai Semakan Keputusan Ke IPTA 2012/2013 yang Mieya telah publishkan dari minggu lepas tu.
Tetiba terasa bagai tersedar dari mimpi yang panjang. Ye lah, blog Mieya ini sekadar blog picisan sahaja. Kebanyakan idea Mieya cilok/pinjam dari website lain dan Mieya hanya adjust sikit-sikit aje bagi mantap sikit. Banyak juga ayat mengarut bercampur merepek daripada fakta-fakta penting. Ya, Mieya sedar tu.

Dan sangat-sangat terharu, kalau boleh nak nangis sampai terhinjut-hinjut bahu, bila pihak Nuffnang sudi menghadiahkan satu lagi BE kepada Mieya.
BE kali ini datangnya dari iklan DiGi Jay Park Showcase yang Mieya dok hebohkan pada waktu siang tadi. hihi btw, Thank you Nuffnang. You make my day become brighter and more brighter form day to day! Love you Nuffnang !