Cat Dinding Bilik dan Pemasangan Tiles

Assalamualaikum wbt :)

Macam yang Mieya ceritakan di entri lepas, bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat kepunyaan parents Mieya sudah hampir siap.

Di mana bahagian dalam bilik baru sudah pon dicat. Bewarna biru uolls. Luar rumah warna pink, dalam rumah pula warna biru. Sesuai lah dengan selera kami anak-beranak. Di mana ada lelaki dan juga perempuan.

Tile pon dah siap pasang sepenuhnya di bilik baru dan juga dekat kawasan ruang tamu. Cuma sekarang nie, tengah tambak simen kat bahagian luar rumah untuk dibuat tempat parking 6 bijik motor. Esok mungkin siap sepenuhnyalah kot kat bahagian luar rumah tu. 

Okey lah korang layanlah dulu gambar-gambar yang sempat Mieya tangkap dekat bawah ni dulu ye. 
P/s : Bahagian luar rumah dan juga ruang tamu belum lagi siap dicat sepenuhnya. Sebabnya tiles kat kawasan luar rumah tu belum siap dipasang lagi.
Gambar rumah dari sisi hadapan


sesi mengecat dinding ruang tamu lama
Bilik atas yang sudah siap sepenuhnya


Pintu pon dah ada. Siap bercat malah lengkap dengan tombol pintunya sekali. So, lepas nie tak payah risau kalau nak tinggalkan rumah sehari dua nanti. 

Jadi, selepas waktu maghrib tadi, kami sekeluarga berkumpul di kawasan ruang tamu. And then, keluarlah topik pasal penyambungan semula wayar Astro ke rumah kami. wuwuwu, dah lama benor teman tak tengok tv. Sedih betul !

And then, sembang punya sembang. Barulah terperasan, yang lubang khas untuk wayar Astro tiada sedangkan dinding rumah sudah pon siap diplaster dan juga dicat sepenuhnya. Walaweh ! Ini semua gara-gara excited punya pasal dengan proses ubahsuai rumah yang hampir nak siap. Memang terbaik lah !


So, apa pendapat korang mengenai pemilihan warna cat di rumah Mieya tu. Okey ke?




13 comments:

Umialya said...

cantiklah...

psssttt: ingatkan 6 garaj ntuk parking keta, besau wehhhhh..

fatin aqilah shaari said...

wahhh bestnya . aten tunggu rumah baru nak dapat kunci , mak kata mungkin dalam bulan 4 . tak sabar nak deco rumah baru . hahhha !

✿INA AINAA✿ said...

jelesnyaa tengok! >.< Cantik sangat!... untung mieya dapat rumah baru.. heheh

Unknown said...

Cantikkkkkkkk!

H.A said...

sangat cool dan sweet warna cat tu kak mieya.. :) nice one

Miss N™ said...

besar nampak..!
seronok kalau adik beradik berkumpul ni...

tak lama lagi rumah mieya nak kendurikan...

Unknown said...

@umi alya Eh, nie rumah teres, bukannya banglo kak. Nak buat garaj besar-besar. Motor dekat rumah tu banyak sangat.

Unknown said...

@fatin aqilah shaari Wah, bestnyaa.

Unknown said...

@✿A I N A A✿ Mieya dapat bilik baru serta rumah yang berwajah baru. hihi^^

Unknown said...

@Sally Yatiey Terima kasih Sally :)

Unknown said...

@HafRizah@Dátiles.Dulces Thank you dik :)

Unknown said...

@Cik Nur Eh, mana ada buat kenduri la Cik Nur.

iha said...

wah cantik la rumah dia.. jeles ai (tetiba gedik) hehe..