Artis-Artis yang turut Memeriahkan Program 1M4U di Taman Medan

Assalamualaikum wbt :)

Ramai yang mengatakan Mieya skodeng artis melalui komen di entri semalam. Padahal tak pon, Noh Hujan memang perasan pon Mieya sedang melepak-lepak bersama-sama dengan adik Mieya berhampiran dengan kenderaan mereka. Cuma, Mieya je duduk diam-diam kucing di situ. hehe

sebagai buktinya...


Mieya sedang ralit duduk-duduk sambil menekan-nekan button handphone and then terperasan akan kehadiran sekumpulan orang berdekatan dengan tempat Mieya duduk tu. Dan siapa sangka, orang tersebut ialah Altimet, Noh Hujan and the gang ! Wohooo... Excited sangat dapat tengok mereka secara real.

Program 1M4U yang berlangsung di Taman Medan turut dihadiri oleh ikon belia iaitu Michael Teoh, Lisa Surihani, Altimet dan Noh Hujan.

Kiut betul lisa sughihani nie. Nampak flawless gitu muka dia.

tak sempat nak ambik gambar Noh Hujan. Cilok kat tv kejap. hihi

Part yang paling menyeronokkan sekali, sudah semestinyalah persembahan daripada para artis kan? Rasa seronok sesangat dapat ikut serta persembahan secara live daripada artis baru, Jamilah. Selain itu, ada juga Shiha Mentor, Black Mentor dan RJ.  


Keadaan di pentas semakin kecoh dengan kemunculan Nabil dan juga Angah Raja Lawak. Nabil datang dengan menaiki motor superbike weh. 


Seriously, memang tak kering gusi lah kita orang di sana dengan keletah dan lawak daripada mereka. Setiap kali ada budak yang menangis kerana terpisah daripada ibu bapa, mereka bawa budak tu ke pentas. Lalu, lagu Bersamamu TV3 dimainkan dan bermulalah aksi sedih mereka bercerita mengenai "nasib budak kecil itu". kehkeh nakal betul !

Nabil dan angah turut memeriahkan program 1M4U dengan mendendangkan lagu Kehilangan daripada Firman. Selain menganjurkan pertandingan joget ala-ala gangnam style mengikut pilihan kuda masing-masing, di mana penyertaan terbuka khas untuk makcik-makcik.  Ada kuda dangdut, kuda bollywood dan macam-macam lagi.

Dan pemenangnya...

stylo habis kan nenek nie !

Acara program diakhiri dengan cabutan bertuah dan malangnya Mieya antara makhluk yang tak bertuah pada hari itu. tsk tsk~


12 comments:

Umialya said...

mieya tak naik atas pentas sama ke?

Miss N™ said...

wahh...mieya pergi eh..
nur duk umah jee.huh

NASZ said...

saya pun antara manusia yang jarang bertuah. huhu.

From,

Nasz

www.mohdnaser.com

Unknown said...

SERONOK LA DPT JUMPA LISA SURIHANI SECARA LIVE..

ayut said...

Lisa tu duta IM4U kan?tu ada tu :)

Fiza Rahman said...

Meriahnya.

Unknown said...

@umi alya Mana boleh naik kak. Yang nak tu semuanya dah berlatih dan dibayar.

Unknown said...

@Cik Nur Yup, Mieya pergi. Penuh dengan polis hari tu.

Unknown said...

@NASZ Dah lah hadiahnya lumayan. Tapi takpe lah, dah bukan rezeki nak menang.

Unknown said...

@Bui Junaidi Seronok sangat-sangat. Btw, lisa cute dan namoak awet muda betul. Jelesnya.

Unknown said...

@ayut Yup, dia ikon belia 1M4U

Unknown said...

@Fiza Rahman Memang meriah gila. Jalan gila jammed lah.