Cemburu Melihat Kejayaan Orang Lain? Kenapa?

Assalamualaikum wbt :)


Pernahkan kita berasa cemburu terutama apabila melihat rakan lain lebih daripada kita? 

Sifat cemburu atau iri hati boleh dikatakan lumrah pada setiap manusia. Apabila kita melihat kejayaan orang lain, kita cenderung untuk merasa cemburu/iri hati. Malah, kalau dihayati kisah pembunuhan pertama di dunia (kisah Habil dan Qabil) juga adalah berpunca daripada perasaan cemburu.

Perasaan cemburu ini jikalau dibiarkan berterusan akan membawa kemudaratan kepada diri sendiri dan juga orang sekeliling. Hal ini kerana dengan sifat cemburu, kita akan mudah pula untuk membenci orang yang dicemburui itu. Begitulah syaitan membisikkan perasaan cemburu dalam diri insan, supaya setiap kita sentiasa berpecah antara satu sama lain.

Apakah kita tidak boleh merasa cemburu? 



Menurut hadith riwayat Al-Bukhari, Rasululullah SWT pernah bersabda :

    "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: 

Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan 
orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain"


Sekiranya kita melihat insan lain yang lebih hebat atau lebih baik dari kita, ucapkanlah syukur dan katakan kepada diri bahawa kebaikan dan kehebatan orang itu dapat mendorong kita supaya menjadi seperti mereka kelak.

Sekiranya kita bertemu dengan seseorang yang lebih buruk atau tidak baik, ucapkanlah syukur dan berkatalah kepada diri semoga Tuhan melindungi kita daripada berakhlak buruk dan doakan supaya mereka mendapat hidayah NYA.