Hasil Pendapatan Blogbuster Nuffnang Campaigns

Assalamualaikum wbt and hai everybody !

Dah lama pulak rasanya Mieya tak buka cerita mengenai Nuffnang Blogbuster di mana individu yang terpilih perlu menghasilkan sebuah video pendek dalam durasi 10 saat atas permintaan pihak advertiser. Dan semestinya lah jumlah pendapatan dari Campaign Assignment ini agak lumayan sekali.

Sebagai contoh :

Bagi satu tontonan, kita dibayar sebanyak 50 sen. Cuba bayangkan kalau 100 orang yang menonton video yang kita hasilkan tu?

Semudah gitu sahaja kita dah berjaya menjana pendapatan sebanyak RM50.


Peringatan awal !

Entri kali ini bukanlah Mieya bermaksud untuk riak, takbur mahpun menunjuk-nunjuk dengan kalian. Tidak sama sekali. Cuma sebagai perkongsian rasa teruja dan seterusnya motivasi buat orang lain untuk tidak melepaskan peluang yang jarang ada nie di masa akan datang.

Di bawah ini, Mieya sertakan pendapatan yang telah berjaya Mieya peroleh drpd iklan Blogbuster ini. Tak adalah besar sangat nilainya di mata kalian. Tapi bagi diri Mieya, nilai ini antara yang paling banyak Mieya pernah terima sepanjang bergelar blogger yang bernaung di bawah syarikat Nuffnang.





Printscreen kat atas tu, merupakan amount earning yang telah Mieya cashout sebelum ini. Di mana Mieya tak pernah paparkan jumlahnya kepada pembaca blog Mieya sebelum ini. Namun, atas permintaan dari dua tiga rakan blogger. Mieya paparkan juga kali ini.


Manakala earning bagi Campaign What is project C? baru sahaja dimasukkan pada bulan lepas. Jumlahnya tidak lah sebanyak mana. Memandangkan Mieya pon semakin jarang meluangkan masa untuk berblog dengan lebih kerap. Jarang membalas komen tapi rajin blogwalking dan membaca secara senyap-senyap (silent reader)

Tapi alhamdulillah. Mieya bersyukur kerana masih dikurniakan rezeki dari hari ke hari. Semoga kalian juga turut di murahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan kehidupan... Amin~