Apa yang berlaku di Lahad Datu 1 Mac 2013?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua.

Haih... Apa nak jadi lah dengan negara kita sekarang.. Semakin hari, semakin tergugat keamanan dan keharmonian negara kita. 

Pagi tadi, kita semua dikejutkan dengan berita dimana dua orang komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina hari ini.

Keadaan di pekan Lahad Datu semakin tegang, dengan banyak premis kedai ditutup manakala penduduk pula tidak keluar dari kediaman masing-masing.


Sebelum ini, pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera ‘Raja Sulu’ dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.
Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.
VIDEO TERKINI : LAHAD DATU 1 MAC 2013


Semoga anggota penyelamat negara pergi dan balik dalam keadaan selamat. Dan semoga keadaan kembali aman seperti sedia kala. Amin..
Al-fatihah untuk anggota yang terkorban. Jasamu tidak dapat dibalas.
UPDATE TERKINI : Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan dua anggota keselamatan negara manakala 12 anggota kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina terkorban dalam pertempuran antara dua kumpulan terbabit pagi tadi.
Tiga anggota keselamatan turut disahkan tercedera dalam kejadian yang berlaku antara 20 hingga 30 minit pada jam 9.59 pagi.
Beliau juga mengesahkan kumpulan penceroboh itu melepaskan tembakan terlebih dulu ketika pihak berkuasa keselamatan sedang mengetatkan kepungan di lokasi persembunyian mereka di Kampung Tanduo.