5 Cara Minta Putus Yang Paling Dibenci

Assalamualaikum wbt :)

Entri kali ini merupakan antara hasil kesinambungan daripada entri Mieya yang lepas, iaitu Nak berpisah tetapi kekasih tak mahu? Di mana Mieya ada berkongsi tentang cara-cara kreatif nak minta putus dengan pasangan korang. Sehingga kan, ada juga yang mencari ayat-ayat untuk minta putus di blog Mieya nie.

Ayat minta putus lah sangat kan? Padahal cilok daripada twitter kesayangan ada lah. huhu 

Btw, jemputlah follow twitter capuk Mieya tu. Takde background dan header sebab kemalasan nak edit bagai nie.

Okey, sambung balik. Tapi, untuk korang yang sedang diulit mimpi indah dan sedang bahagia di samping kekasih hati korang tu. AWAS ! Tak payah nak menggatal nak cuba cara-cara yang Mieya kongsikan di atas tu ye. (Segala patah riuk hati dan jiwa, tidak akan ditanggung oleh Mieya)

Jika anda merasakan sesuatu yang tidak kena antara anda dengan pasangan, bagaimana anda akan mengatasi masalah tersebut? Bila dan bagaimana anda hendak memberikan kata putus? Nah, kalau boleh elakkan daripada melakukan cara-cara seperti berikut untuk berpisah :


1. Hantar pesanan ringkas atau SMS
Hampir semua orang menggunakan telefon bimbit atau smartphone hari ini kerana memudahkan sesuatu urusan serta menjimatkan masa. Nak hantar sms minta putus atau pon sila mulakan hidup baru (move on) mengambil masa yang cepat. Tapi sebaiknya, jelaskan semuanya melalui panggilan telefon atau just face to face. Baru gentle.

2. Post status di wall facebook atau Tweet melalui twitter
Cara ini agak keterlaluan serta boleh memalukan dan mengecewakan hati seseorang bila kekasih hati bertindak mengepos status untuk mengakhiri perhubungan kalian. Ini menunjukkan bahawa si dia ingin satu dunia tahu tentang perkara ini. Padahal boleh aje kalau dia hantar private message kan?


3. Menipu
Boleh jadi si dia menggunakan pihak ketiga bagi memastikan yang korang takkan kembali bersama lagi. Boleh jadi hubungan yang terbina akan putus begitu sahaja dan akan memakan masa yang lama untuk pulih kembali. Di samping, akan menyebabkan hati seseorang luluh, hancur berkecai. Jadi, jangan sesekali gunakan cara ini.

4. Luahkan di tempat khas dan penuh dengan kenangan bagi korang berdua
Antara tempat khas yang boleh jadi ialah di taman, restoran, atau mana-mana sahaja asalkan tempat tersebut sangat penting dan bermakna bagi kalian berdua. Pada mulanya, si dia mengajak kamu untuk bertemu kamu di sana di mana akan membuatkan anda berfikir ia boleh menjadi sesuatu yang sangat bermakna. Tapi sebenarnya, pertemuan itu hanyalah untuk memutuskan perhubungan kalian.


5. Zip mulut atau berdiam diri
Ia akan membuatkan pasangan anda berasa keliru dan kemudiannya anda akan menyedari ada sesuatu yang tak kena benar-benar berlaku. Si dia mula mengelak daripada bercakap dengan anda, menjawab panggilan anda atau memberi pelbagai alasan bila berjumpa. Dan yang paling ketara sekali, si dia tidak boleh bertentang mata dengan anda.