Kawal Chatbox Daripada Terus Disalah Guna

Assalamualaikum wbt :)

Seperti biasa, setiap kali Mieya online. Perkara yang paling utama yang akan Mieya lakukan sebelum memulakan aktiviti blogging ialah meninjau-ninjau dashboard blog, tengok sekejap kat bahagian comment yang belum dipublish. Lepas je selesai baca komen tersebut, terus je Mieya klik button publish.

And then bermula lah misi menjelajah dari satu blog ke satu blog yang lain, baca entri serta membalas apa-apa komen yang berkaitan. Seusai itu, blogwalking ke blog sendiri. Laman budakshumort.blogspot.com dibuka dan lantas, kotak chatbox dibuka.


Seperti biasa, jikalau ada komen-komen yang berunsurkan iklan, link spam serta apa-apa yang seangkatan dengannya akan Mieya delete satu per satu. Bagi Mieya, itu semua tidak penting melainkan fungsi chatbox itu sendiri. Tinggalkan jejak, beri komen, bertanya khabar dan berkongsi url blog sahaja.


Mungkin pada pandangan korang, hal ini kelihatan remeh. Jadi, tak perlu kawal pon takpe. Tapi, menurut Mieya, dengan mengawal setiap mesej keluar-masuk di ruangan chatbox, sedikit sebanyak dapat mengurangkan aktiviti spamming link iklan daripada terus berleluasa. Sekaligus memudahkan urusan kawan-kawan yang lain untuk berblogwalking.

So, apa pendapat korang pulak?