Sahabat Baik Rampas Kekasih. Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt :)

Dah lama rasanya Mieya tak menulis entri atau lebih tepatnya menyentuh isu cinta.
Bukannya sebab patah hati ke, atau ditimpa apa-apa penyakit yang melibatkan hati. Tak. Sebaliknya, Mieya kebuntuan idea, kekurangan sumber dan juga fakta-fakta khususnya bila melibatkan isu cintan-cintun nie.

Jadi, sudah semestinya entri kali nie berkonsepkan santai-santai sambil-sambil tu mengajak kita semua untuk sama-sama menyelami rasa serta membawa fikiran berpusing jauh ke dalam.

Sekarang, cuba letakkan atau bayangkan diri korang berada dalam situasi sebegini :

Anda mempunyai seorang kawan baik, yang mana persahabatan korang terjalin sejak di bangku sekolah lagi. Dalam pada masa yang sama, anda mula mengenali seorang jejaka/gadis. Pada mulanya, korang berkawan rapat, namun lama-kelamaan hubungan kawan bertukar kepada kekasih.


Setelah beberapa tahun anda berkawan, dan akhirnya anda mendapat tahu bahawa kekasih anda mempunyai skandal dengan kawan karib anda. Tak sangka bahawa kawan anda sendiri sanggup membuat anda seperti ini dengan kata lain merampas apa yang dimiliki dan disayangi daripada anda. 



Apa yang anda bakal lakukan? menangis sampai lebam biji mata? ingin terjun dari tingkat 1 dengan tujuan supaya kekasih anda kembali kepada anda? Itu semua kerja sia-sia.


Situasi ini memang pernah terjadi di sekeliling kita dan selalunya "perampas" ini adalah dikalangan orang yang kita percayaiRampas merampas nie macam biasa je berlaku. Misalnya, rampasan kapal terbang pun boleh meruntuhkan bangunan WTC kat U.S. 

Manakala rampas kekasih boleh memutuskan tali silaturahim antara manusia.. Tambahan pula jika si perampas adalah kawan sendiri. Boleh mengakibatkan perang saudara yang sukar dibayangkan jika diturutkan dendam dan api kemarahan yang menggila.

Jika kekasih anda dirampas, anda perlu banyak bersabar. Anggaplah apa yang berlaku ini satu dugaan untuk lebih mendewasakan diri kita. Biarkan mereka dengan hidup mereka kalau sudah itu pilihan mereka. 

Memang benar ia menyakitkan apabila orang yang kita percaya dan sayang selama nie mengkhianati diri kita. Namun cubalah tabahkan hati dan buang rasa marah, benci dan dendam jauh-jauh kerana selagi ada perasaan itu, selagi itu kita akan bersedih. 

Apa yang boleh kita lakukan sekarang ialah kuatkan semangat dan sentiasa berdoa agar Tuhan pertemukan kita dengan orang yang lebih baik. Jangan bersedih dan percayalah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.