Sejak Bila Earning Nuffnangku Bertambah?

Assalamualaikum wbt and hai korang :)

Cengginilah. Entri kali ini Mieya tak nak menaip banyak. Umpama seorang cikgu membebel kepada anak muridnya soal peperiksaan, peperiksaan dan peperiksaan. Oh, tidak.

Korang pon tahun, Mieya masih lagi dibebani dengan vitamin MALAS yang banyak di dalam diri. Tapi, di hati memberontak nak jugak pulun menaip sekepam dua. Haha layankan aje -,-

Mieya kini sedang berada dalam mood kebingungan di mana earning Nuffnang Mieya mengalami pertambahan yang luar biasa. Dengan BE Nuffnang yang bertandang di blog Mieya berderet tersusun sejak bila entah.

Buffered Earning SESAT !

Dan setelah diteliti, BE yang ada sekarang nie telah menjadi Metered Earning (ME) pada tahun 2009. Walhal Mieya mula bernaung dengan Nuffnang bermula pada tahun 2011. Ini betul-betul pelik bin ajaib nie.

Mengikut pendapat Mieya, mungkin sistem Nuffnang sedang down. Lagipun sebelum nie pon, Churpchurp pon ada mengalami permasalahan yang sama.

So, disebabkan kecelaruan yang melanda kat kepala hotak Mieya, Mieya telah menghantar pertanyaan kepada pihak Nuffnang. Kita tunggu dan lihat sahaja, apa maklum balas daripada pihak mereka.

Salam Bertemu lagi kawan-kawan :)

UPDATE : Nuffnang kini sudah kembali seperti sedia kala. Tiada masalah mengenai kehilangan earning yang berlaku.

Sekian~