Jangan mudah percaya cakap-cakap orang

Assalamualaikum wbt and hello everyone

Sungguh-sungguh Mieya paksa kepala hotak mengerah idea untuk menaip entri kali nie. Dari pagi semalam sehinggalah ke saat ini, dan akhirnya terhasil lah entri kali nie.

Berbekalkan lep lep berwarna merah sebagai penyeri di awal pendahuluan. Dah menggelupur tak ketahuan hala nak terus taip isi-isi penting. Aci tak? Aci tak?

Korang pernah tak terfikir,

Kenapa sesetengah orang mudah percaya pada sesuatu perkara dari mulut orang lain  sedangkan dia sendiri tiada bukti yang menunjukkan kesahihan terhadap perkara yang ingin disampaikan.

kira macam radio bergerak cenggitu -,-"

Entri kali nie, tak ditujukan pada sesiapa. tapi, Mieya 'salut' dengan golongan nie sebab mahu ambil tahu tentang masalah orang sekeliling. Even orang tu pada hakikatnya, tak terlibat pon dengan masalah yang orang lain pakat cerita.

Tapi nak buat macam mana, sepanjang hayat kita di dunia, kita tidak boleh lari daripada mendengar 'cakap-cakap' orang. Tak kira lah sama ada cakap-cakap yang mempunyai unsur-unsur umpatancacianhasutan sehinggalah membawa kepada fitnah liar

Lagipun, mulut orang tak boleh ditutup, makin ditutup makin menjadi-jadi pulak.


Walau bagaimanapun, pepatah Melayu ada mengatakan 'kerana mulut badan binasa'. Kenapa begitu? Memang benar, jika sekiranya kita tersalah cakap, silap-silap dunia boleh jadi kacau-bilau.

Setiap sesuatu yang kita dengar tidak semestinya betul dan benar. Sebab itulah Allah kurniakan akal fikiran untuk kita berfikir sebelum bertindak. Emosi yang tidak dikawal boleh mendatangkan kecelaruan pemikiran. 

Oleh itu, jangan sesekali kita mendahulukan sikap emosional kita kerana sikap tersebut boleh mengundang padah kepada diri-sendiri. Sikap rasional lebih baik berbanding sikap emosional. 

Setiap 'cakap-cakap orang' perlu dipersoalkan dan diselidiki dengan teliti supaya kita dijauhi daripada unsur-unsur yang tak baik. Misalnya, kalau tak kenal seseorang itu, tak tahu apa-apa yang berlaku mahupun tiada bukti yang sahih mengenai sesuatu perkara tu, lebih baik diam-diam je.

Sememangnya, manusia nie pandai bermadah pujangga, bijak memutar belitkan cerita. Dan bila tibanya gilirannya sendiri, pernah tak dia berfikir bahawa kini dia juga mengulangi kesilapan yang serupa. Cuma yang membezakannya ialah dia menjadi mangsa kepada pemangsa.

Ingat, 

Fikir-fikirkan dan renungkan sedalamnya.