Earning Churpchurp Hilang? So, Nak Buat Macam Mana?

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera korang :)

Baru-baru nie, laman web Churpchurp tidak dapat diakses selama sehari, iaitu pada 27hb Sept 2012 bersamaan pada hari Khamis lepas.

Dan rasanya, rata-rata daripada pengguna Churpchurp mengalami masalah setelah laman web Churpchurp pulih seperti sedia kala. Contohnya, terdapat beberapa error yang didapati seperti kehilangan maklumat pada akaun, earning, user details, account setting.


Dan tidak terkecuali, Mieya pon turut sama mengalami masalah kehilangan earning. Btw, terima kasih kepada Cik Nur kerana memberitahu kepada Mieya mengenai permasalahan yang berlaku di Churpchurp.

Kalau tak, memang seminggu lah Mieya tak jenguk laman web Churpchurp tu. Maklum sahaja lah, broadband kesayangan Mieya nie dah mencapai quota limit. So, faham-faham je lah, line internetnya macam mana kan..? HAHA

Okey, berbalik kepada permasalahan yang berlaku di Churchurp tadi. Bagi mereka yang menghadapi sebarang masalah seperti yang Mieya jelaskan di awal entri tadi, korang diminta untuk mengisi borang aduan.

Disini Mieya akan tunjukkan step by step, okey?

1. Mula-mula, buka laman web Churpchurp, klik seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.


2. Nanti akan keluar macam nie kan? Ikut step seperti yang ditunjukkan dalam gambar tu..


3. Bahagian nie paling penting, pilih apa masalah korang. Kalau melibatkan kehilangan earning, sila letakkan gambar earning sebagai bukti dan isikan apa permasalahan korang. Tulis dalam Bahasa Melayu pon boleh okey?


4. Dah siap? Klik butang submit dan tunggu je lah maklum balas seterusnya daripada pihak mereka.

Okey. Thats all. Harap ini membantu !