Kelebihan Says jika dibandingkan dengan Churpchurp

Assalamualaikum wbt buat pembaca sekalian :)

Nie yang eksaited kemain bila ada medium menjana pendapatan melalui internet nie. Sambil online, sambil meluangkan masa dengan aktiviti yang kita suka seperti blogging, tweeting dan juga facebooking, sambil tu juga boleh dapat duit dengan hanya duduk goyang kaki serta gerakkan jari-jemari yang meruncing.

Mungkin dah ramai yang dah join Says.my nie dan mungkin juga ada yang terpinga-pinga, masih tak faham mengenai konsep Says yang sebenarnya. Jadi, kali nie Mieya wujudkan entri nie khas untuk korang yang tak tahu lagi.

Untuk makluman semua, Says nie antara komuniti pengiklan di Malaysia. Konsepnya sama seperti Churpchurp jugak. Kongsikan iklan mengenai sesuatu produk di laman sosial, bila ada orang yang klik. Maka, secara tak langsung duit pon masuk jugak.

Apa kelebihan Says jika dibandingkan dengan Churpchurp?

Ya, memang ada perbezaan yang ketara sedikit antara Says dan Churpchurp. Antara perbezaannya ialah :
  • Jumlah bayaran bagi sesebuah kempen adalah sama rata untuk semua
Ya, kawan-kawan. Bagi Mieya, sistem yang pihak Says laksanakan nie memang adil untuk semua. Misalnya, macam iklan dari kempen selamatkan penyu nie. Jumlah bayaran yang ditetapkan untuk seorang ialah RM10, iaitu 20-40 sen bagi satu klik. Jadi, para pengguna tak payah risau mengenai soal bayaran.

Berlainan pula dengan Churpchurp, jumlah bayaran untuk satu iklan misalnya RM400 (untuk 300 000 ribu orang). Maka, semua orang  perlu berebut-rebut untuk mempromosikan kempen sehinggalah berakhirnya iklan tu. Konsepnya sama macam Says, di mana bayaran per klik ialah antara 20-40 sen. Yang lainnya, kempen Churpchurp nie sekejap je habis.

  • Pendapatan dikemaskini setiap kali link kempen di klik
Berlainan dengan Churpchurp, jumlah pendapatan dikemaskini dalam masa 12 jam. Begitu pon, konsepnya sama juga dengan Says. Misalnya, jika seorang klik link iklan, korang dah dapat 20 sen. Cuba kalau 100 yang klik? Haaa.. banyak tu! Sebab tu, korang kena ada strategi yang berkesan untuk tarik minat orang lain untuk klik link tu. 


  • Payment RM50 ke atas secara terus ke dalam bank
Apabila akaun Says korang dah cukup jumlah minimum RM 50, korang dah boleh cashout earning korang tu. Pihak Says akan memproses dan akan dikreditkan terus ke account bank korang. Bagi budak-budak sekolah di bawah umur pun boleh join kalau nak. Tapi mesti minta izin daripada ibu bapa terlebih dahulu lah sebab ianya memerlukan nombor akaun bank untuk mendapatkan bayaran.

  • Cara untuk sebarkan iklan kempen
Senang je. Korang boleh pilih sama ada nak sebarkan menggunakan facebook ke, twitter ke, atau blog masing-masing. Mudah je kan? Contohnya macam nie :



Kalau masih lagi tak faham, sila klik link nie Cara Nak Share A Campaign. Kat situ Mieya ada tunjukkan cara-cara nak berkempen dengan efektif.