Sinetron Indonesia, dah masak dah jalan ceritanya

Assalamualaikum wbt dan selamat petang yang terik kalian :)


Nak kata Mieya nie kaki kipas drama sinetron Indonesia, tak juga. Hanya sesetengah cerita sahaja yang Mieya layan. Terutamanya yang ada pasangan kekasih pakwe makwe macam Randy Pangalila dan Mikha Tambayong dalam Nada Cinta.


Walau di mulut, sering kali kata "tak payah tengok lah der". Tapi di hati wa,  memberontak gila babeng nak tengok jugak.


Namun, Sepanjang Mieya melayan sinetron nie, bermacam-macam scene yang Mieya perasan hampir sama. Tipikal kot. Maka, Mieya dah boleh agak jalan cerita drama sinetron Indonesia nie. 
Belum apa-apa, dah butthurt, sensitif sangat.


  1. Watak baik mengekori watak antagonis tapi dengan jarak yang sangat dekat. Mestilah penjahat tu sedar kehadiran korang kat situ.
  2. Bila ada scene kemalangan atau tergelincir, whoaahhh! dia punya slow motion, rasa macam nak baling je botol kat tv nie.
  3. Asal watak buat muka terkejut je, mesti zoom muka pelakon tu dekat-dekat, siap boleh kira bulu hidung lagi.
  4. Biasanya hero sinetron akan pandu kereta mewah dan selalu bergaya masa episod pertama, bila dah pertengahan episod, dah tak nampak kereta mewah tu.
  5. Haa.. Sinetron kalau tak hilang anak, tertukar anak dan sebagainya yang berkaitan dengan anak, memang tak sah.
  6. Watak baik, terutama watak utama perempuan, dari episod pertama sampai habis, kalau tak menangis memang bukan sinetron ler.
  7. Watak baru sentiasa bertambah bila dah pertengahan episod, lagi-lagi sinetron yang beratus-ratus episod;
  8. Setiap kali muncul watak baru, mesti watak tu muncul dengan cara bergaya, pandu kereta mewah, flipshair sampai berterbangan kutu babi.
  9. Watak suka bercakap sorang-sorang, kononnya bermonolog. Kalau nak bagi penonton faham, baik tak payah, penonton ada akal, boleh fikir.
  10. Duduk sebatu tapi boleh dengar perbualan orang lain tapi musuh depan mata tak nampak pulak

Sebenarnya ada banyak lagi. tapi Mieya tahu, mesti ada di kalangan korang yang tak sanggup nak membacanya kan. Jadi, sejurus entri ini dipublish, seelok-eloknya korang pergi lah take a break sekejap. Pergi lah dengar lagu ke, minum air ke apa-apa je lah. Okey?

.