Nak cakap Mieya nie anti-fesyen, pernah lah jugak selak sehelai dua mukasurat bab fesyen dalam majalah Remaja tu. Malahan, setiap bulan dah list majalah Remaja sebagai senarai benda wajib beli. Kadang-kadang, sempat juga mencuci mata belek website fesyen sampai berjam-jam lamanya.
Nak kata Mieya suka berfesyen, tak kena juga memandangkan Mieya jarang keluar hang out. Koleksi kasut dan pakaian yang sedia ada pon, boleh dikira dengan jari je.
Jadi, bila dapat tahu yang pihak Zalora menawarkan voucher bernilai RM50 untuk membeli-belah dan seterusnya memberikan sedikit ulasan mengenai perkhidmatan mereka. Nak nak lagi, dah semakin ramai blogger yang menyambut baik atas peluang yang diberikan. Terus membuatkan Mieya rasa teruja tak ketahuan hala.
Niat di hati, Mieya ingin mencari sepasang dua kasut memandangkan dah lama tak shopping kasut. kasut bajet simple dan look nice, semestinya feveret kecintaan hati. Okey, kita split kepada dua. Satu untuk Mieya dan satu lagi untuk adik Mieya.
foine. Berkat kesabaran menunggu dari hari ke hari. Akhirnya, tepat seminggu dari tarikh order (petang 30 Mac), pagi 6 April baru sampai. Terkejut Mieya tau. Ingatkan Zalora buat-buat lupa. Maybe ada masalah teknikal agaknya.
Bila tengok gambar, rasa biasa-biasa je. Tapi bila dah cuba sarung dan pakai, kemain terasa tinggi semacam. hikhik
So far, Mieya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Zalora sebabnya :
1) Cash on Delivery - barang sampai and then, korang terus bayar.
2) 30 Days Free Return - Boleh terus tukar kalau item rosak atau salah saiz
3) Caj Penghantaran - Depends; ada yang ada dan ada yang takde. Tapi tak mahal, cuma RM5 je.
4) Kualiti terjamin - Mieya dah puas belek-belek kasut tersebut and sangat berpuas hati
Memandang harga kedua-dua kasut nie more than RM50, Mieya bayar baki selebihnya menggunakan perkhidmatan Cash On Delivery. First time beli lah kata kan, so tahap curiousity tu sangat tinggi. Tapi bila barang sampai seperti yang dijanjikan, terus rasa was-was tu takde lagi.
Ini pun, Mieya baru je lepas order kasut lagi. hehehe Rambang mata pulak tengok kasut kemain lawa-lawa.
Jadi korang, apa tunggu lagi? Jom pakat shopping di zalora.com.my
atau sebarang pertanyaan korang boleh email ke zalorateam@zalora.com.my
Facebook zalora: www.facebook.com/zaloramalaysia
Blog zalora: http://zalorablog.com/about-zalora-malaysia/