Dari sehari ke sehari Mieya nak cerita pasal Hari Raya Aidiladha yang lepas. Tapi asyik tertangguh aje. Mungkin sebab idea terlampau banyak, sampai buntu nak update yang mana satu dulu. And at last, cerita dulu benda-benda yang terlebih penting.
Actually, memang tak terjangka pon yang Mieya sekeluarga akan berangkat pulang ke kampung. Semuanya secara tiba-tiba. Hmmm, ingat lagi dengan cerita di entri ini? (Sila baca cepat, takut nanti tak boleh nak hubung-kaitkan balik dengan entri kali nie.)
okey, sambung cerita.
Selepas sahaja siap memasak juadah raya, Mieya, adik dan emak dikejutkan dengan satu panggilan telefon. Nombor yang terpapar di skrin handphone sangat-sangat tidak dikenali. Jadi nak tak nak, Mieya paksa juga adik Mieya jawab. And then, tetiba pulak adik Mieya pass balik handphone dekat emak Mieya. Pelik.
Rupa-rupanya panggilan tersebut datangnya daripada Pak Sulong (adik-beradik kandung abah) yang tak pernah Mieya dan adik temui walau sekali pon. Pak Sulong menetap kat Kelantan, sangat jauh perjalanannya ke sana dan jarang pulang ke kampung. Memang patutlah Mieya dan adik tak pernah mengenali beliau.
Beliau meminta kami sekeluarga pulang ke kampung. Katanya, kalau nak jumpa, pulanglah ke kampung beserta sampaikan salam pesanan yang sama kepada Mak Uda di belakang rumah.
Kebetulan, abang Mieya yang keempat baru pulang dari kerja. Lepas aje cerita pasal Pak Sulong suruh pulang ke kampung, terus je dia meluru keluar ke tempat kerja abah. Dan kata persetujuan daripada abah diterima. Padahal memang tak plan langsung nak balik kampung.
tangkap gambar Pak Sulong secara curi-curi. YES, I'm a paparazzi :) |
Pagi-pagi raya lagi, seawal jam 7.30 pagi, kami sekeluarga dah berangkat pulang ke kampung dan singgah sebentar ke rumah nenek di Sabak Bernam. Memandangkan sekarang nie musim durian di kampung, dapatlah juga Mieya merasa beberapa ulas durian.
Kemudian, tepat jam 10.30 pagi, kami bertolak pulang ke rumah Mak Ngah di Permatang Pelanduk, Perak. Di sana, kelihatan sedikit demi sedikit sanak-saudara yang datang berkumpul. Makan secara berjemaah dengan rendang, lemang, pulut, kuih raya dan laksa. Menurut Pak Sulong, Mak Ngah berpayung dalam hujan semata-mata ingin membakar lemang untuk dihidangkan kepada sanak-saudaranya yang pulang beraya.
Walaupun usia Pak Sulong dah menjangkau ke usia 72 tahun, namun begitu rupanya masih kelihatan muda. Serius, terkejut juga bila dia cakap umurnya dah pon menginjak angka 72. Bermacam-macam cerita yang dia kongsikan bersama kami. Sehingga kan kami sendiri pon dah naik jemu nak mendengarnya. heheh
Tepat jam 5 petang, kami sekeluarga berangkat pulang ke rumah nenek semula serta bermalam untuk satu malam. Banyak juga makanan yang kitorang borong semasa di rumah Mak Ngah. Misalnya, ikan masin sepat ronggeng, ikan pekasam dan juga kek. Nenek pula membekalkan beberapa biji durian untuk dibawa pulang ke rumah.
Sampai-sampai aje kat rumah, Mieya tengok pokok-pokok kat rumah kering-kontang, tak bersiram. Haish, nie mesti abang Mieya lupa siram nie. Habis anak-anak pokok cili Mieya yang baru naik, mati
P/s : Perghhhh..! Nasib baik Mieya sempat memotong dua tiga perenggan tadi, kalau tak memang tak habis-habis lah nak menaip entri kali nie.