Alhamdulillah, pukul 7 pagi Mieya check akaun Nuffnang.. Ada dua CPUV datang menyinggah di blog Mieya ni. Rezeki selepas "mimpi buruk first time bakal kena potong gaji" kot. huhuhu sadisnya rasa T_T
Btw, CPUV Campaign terbaru kali ini adalah daripada iH Media Liese dan Macau Tourism. Sebenarnya, Mieya sendiri pon belum nampak lagi iklan ni di mana-mana. So, tak boleh nak terangkan dengan lebih detail lagi. Kena tunggu iklan tu muncul dulu lah jawabnya.
Actually, Mieya dah tetapkan impian untuk memiliki kereta idaman hati dalam masa 2-3 tahun akan datang. Insha Allah kalau diizinkan-Nya. Plan hujung tahun 2014 untuk mendapatkan lesen memandu, nampaknya sudah semakin menampakkan jalannya. Syukur.
Terima kasih buat kawan kawan yang sudi jengah blog Mieya tinggalkan komen dan menyumbang trafik kat blog.. Tak lupa juga buat advertiser dan Nuffnang yang sudi memilih blog Mieya untuk memaparkan iklan kalian.