Hampir Terpedaya Dengan Berita Palsu !

Assalamualaikum wbt :)

Beberapa hari yang lepas, kecoh di laman media sosial seperti Facebook dan Twitter mengenai satu info. Konon-kononnya, jika kita dirompak & dipaksa mengeluarkan duit di mesin ATM. Kita boleh meminta bantuan dengan memasukkan no. pin secara terbalik.

Okey. Buat makluman dan pengetahuan rakan-rakan sekalian, berita ini ADALAH PALSU semata. Di mana telah disahkan sendiri oleh pihak polis PDRM.


Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak polis, TIADA BANTUAN JIKA MASUK NOMBOR PIN TERBALIK !

Sebaran mesej kononnya bantuan pihak polis akan diterima sekiranya anda memasukkan nombor pin di mesin ATM secara terbalik adalah TIDAK BENAR. Pengesahan dengan Bank Negara Malaysia telah dibuat dan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan untuk keselamatan pengguna mesin ATM.

Jadilah rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dengan menyebarkan maklumat yang sahih kandungannya.