Bekerja Dengan Senang Hati

Assalamualaikum wbt dan selamat bekerja bagi yang bekerja :)

Sekarang ini, Mieya bersiaran langsung di ofis tempat Mieya mencari rezeki. Work hour start pada pukul 9, tapi seawal 7.50 pagi Mieya sudah menjejakkan kaki di ofis. Beginilah rutin harian Mieya setiap hari. Maklum lah, menumpang kenderaan dengan abang.

Maka, disebabkan Mieya merupakan antara individu yang datang paling awal sekali. Sudah menjadi kewajipan bagi diri Mieya untuk membuka pintu ofis. Kira macam Keyholder lah nie. hewhew

Seperti yang pernah Mieya ceritakan dahulu, semenjak kedatangan Manager baru. Skop kerja Mieya menjadi lebih universal (meluas). Kalau boleh, dari hal sekecil zarah sehingga lah hal sebesar bola.. semuanya kena ambil tahu. Lepas tu, paperwork kena check dengan teliti. Kena taip menggunakan bahasa dan juga dalam bentuk format yang betul dan tepat.

Okey. Semua kerja ini diselenggara dengan penuh kesabaran oleh Mieya berdua dengan rakan sekerja. Dua orang sahaja ye ! -,-"

And then, kena maklumkan masalah yang tak boleh diselesaikan dengan kadar segera kepada Manager. Contohnya, stok tak cukup ke, transport pilih barang mengikut kawasan ke, transporter tak datang ambil barang ke, dan yang seangkatan dengannya.

And what's impressed me is, kerja yang selama ini Mieya anggap sebagai satu bebanan. Tapi kini, sekadar angin yang lalu sahaja. Tak ada rasa nak marah, tak ada rasa tension, just relax je dan selesaikannya dengan mudah. Wow, amazing !

So, tak hairan lah kalau kekadang salesman belanja makan, bagi sedikit wang saguhati, manager happy, report daripada dealer semakin kurang dari hari ke hari. Alhamdulillah, moga-moga berterusan lah jawabnya.

Sekarang nie, Mieya sedang mencari idea untuk menyiapkan working kalendar beserta tarikh cuti khas untuk tahun 2014 nanti. Gila awal tak awal punya perancangan untuk tahun hadapan !

Contoh yang Mieya berjaya hasilkan :)

P/S : Tetiba terasa betapa cepatnya masa berlalu......!