Bertegur Sapa Amalan Mulia

Assalamualaikum wbt dan hai semua :D

Mudahnya bila nak menyapa orang sekeliling kita. Dengan hanya senyum, atau memberi salam atau ucap selamat atau mungkin bertanya khabar atau apa-apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita kepada orang lain.. Secara tak langsung, kita sudah menjalinkan tali persahabatan (ukhwah) dengan mereka di sekeliling kita. Bukan?

Hmm.. Lepas tu, mesti rasa macam ada yang tak kena kalau kita tak balas kembali senyuman, balas ucapan selamat dan salam atau apa-apa sahaja pertanyaan yang ditujukan khas kepada kita kan? Ya, thats me !

Walau tengah sibuk menyiapkan kerja-kerja yang berselerakan di atas meja, tension dengan tekanan dari pihak atasan, transporter, salesmen mahupun customer..

Mieya akan cuba mencari ruang dan masa untuk menjawab pertanyaan, dan seterusnya membantu menyelesaikan kekusutan yang melanda secara profesional. Hal-hal kecil seperti bengang, geram, sakit hati kita buang ke tepi dulu. Apa yang penting, segala tugasan yang diberikan haruslah dilaksanakan dengan cepat, tepat dan hebat. (Moto baru company tempat Mieya bekerja. hehe)

Begitu juga lah dengan blogging, bertegur sapa merupakan antara amalan wajib buat bagi setiap blogger. Ramai yang menjadikan blog sebagai ruang bingkisan hati di kala duka dan suka. Dan, usually kebanyakan daripada mereka akan memaparkannya sebagai untuk tatapan umum.


Jadi, di sini komunikasi dua hala amat penting. "Make a blog , stretch your wings in the world" atau dalam erti kata lain, ciptalah sebuah cerita, dan sebarkannya ke seluruh dunia. Biarkan semua orang tahu, biarkan semua orang mendengar dan biarkan semua orang merasai dan menyelaminya sendiri jauh ke dasar hati mereka.

Cuma sekarang ini, Mieya kena lebih berusaha untuk memanfaatkan walau 5-10 minit yang terluang untuk singgah ke mana-mana blog, saling bertegur sapa dan kekadang kalau bernasib baik, dapat juga serap sedikit ilmu dan pengajaran untuk bekalan di masa depan. Sangat-sangat berguna.