Tertinggal Beg Dompet

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

Pejam celik.. Pejam celik dah pun hari Sabtu. Hari ini, Mieya tinggal berempat sahaja dengan abah dan dua orang abang di rumah. Manakala emak dan adik Mieya, sudah pon berada di rumah makcik (di Bukit Cherakah) yang mengadakan kenduri kahwin anaknya.

Minggu ini, Mieya cuma sempat menaip 2-3 entri sahaja. Blogwalking pon sekadar yang termampu sahaja. Bukannya memilih bulu atau apa, tapi faktor persekitaran yang menjadi penghalangnya.

Hari ini.. adalah hari yang paling men-down-kan Mieya. Sebabnya... errr, beg dompet Mieya tertinggal di ofis. Entah tak boleh digambarkan betapa careless nya Mieya hari ni.


Serius, Mieya dah macam orang sasau serta mati kutu disaat ini. Dah lah duit, kad pengenalan, kad bank semua sekali dalam tu. Mieya cuma perasan akan 'kehilangan' beg dompet Mieya bila ingin keluar untuk membeli makanan.

Dah lah jarak antara ofis dari rumah memakan masa 30 minit perjalanan. Jauh okey, dari Jalan Klang Lama ke Kampung Baru Subang! Jadi, nak tak nak terpaksa lah menunggu sehingga ke hari Isnin nanti untuk mengambil semula dompet Mieya. huhuhu

Ini pun, hati bercampur baur, rasa macam ada yang tak kena bila keluar tanpa kad pengenalan. Umpama macam warga asing / pesalah besar pulak. Dah lah sekarang nie, musim road-block.

Nervous nie weyh !