Di saat orang lain, semuanya baru pulang ke rumah selepas tamat waktu bekerja. Berlainan pula dengan Mieya.
Mieya sekarang nie, berada di office.. Menunggu abang Mieya dan staff tambahan (part-time) menyiapkan kerja-kerja menyusun stok tayar yang baru sampai drpd Port Klang.
Dua - tiga hari nie, macam inilah rutin Mieya. Lepas habis waktu kerja, online sampai bosan. And then,
tepat pukul 8 malam nanti barulah boleh pulang ke rumah masing-masing.
Semalam, Mieya dikejutkan dengan berita mengenai rakan sepermainan Mieya sewaktu kecik-kecik dulu. Seorang perempuan. Di mana berita yang dikhabarkan amat memeranjatkan diri Mieya. Ya Allah! Terus beristighfar Mieya di dalam hati.
Dikhabarkan beliau telah menggantung diri sendiri di rumahnya yang terletak di Bagan Serai. Mengenai apa keadaan beliau dan sebab musabab beliau bertindak sedemikian rupa. Tak dapatlah Mieya pastikan. Walahualam. Tak dapat lah Mieya nak ulaskan lebih-lebih sebabnya Mieya pon tak berada di tempat kejadian.
Tapi, apa yang Mieya tahu. Kehidupan rakan sepermainan Mieya ni, agak terumbang-ambing sedikit
setelah perceraian kedua-dua orang ibu bapanya. Di mana, anak-anak diletakkan di bawah penjagaan ayah mereka.
Oleh sebab ayah mereka bekerja sebagai pemandu lori treler, masa dan hari-harinya banyak dihabiskan di jalan raya.
Sekali-sekala sahaja masa yang ada untuk berada di rumah. Tak tahu lah sama ada faktor tekanan keluarga,
kurang kasih sayang ataupun pasal boyfriend sehingga menyebabkan beliau bertindak sedemikian rupa. Wallahualam.
Beringatlah kawan-kawan semua,
Sabda Nabi s.a.w.
” كان فيمن كان قبلكم رجل به جرح , فجزع , فأخذ سكينا فحز بها يده فما رقأ الدم حتى مات . قال الله عز وجل : عبدي بادرني بنفسه , فحرمت عليه الجنة ” .
Ertinya: “Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
P/S : Baru sahaja 4 bulan lebih, mereka sekeluarga kehilangan adik (Mieya ada publish entri pasal ini)
>>Kaku Kepala Dihempap trektar<< Sekarang ini, hal lain pula yang menimpa.
UPDATE terkini : Terkejut Lihat Mayat Kakak Tergantung