Kena Tengking

Seumur hidup Mieya, yakni sepanjang 19 tahun lebih Mieya bernafas di muka bumi Allah ini.
Mieya tak pernah lagi lalui situasi di mana orang meninggikan suara, menengking (sampai menggegarkan gegedang telinga) bila bercakap dengan Mieya.

Even parents dan keluarga Mieya sendiri pon tak ada yang menengking Mieya. Selalunya, kalau Mieya buat apa-apa kesalahan sekalipun, mereka semua akan menegur Mieya dengan cara yang berhemah. Macam tu jugak dengan bos dan juga pihak atasan yang lain. Paling tak pun, berbicara dengan intonasi suara agak keras sedikit agar Mieya faham dan ikut setiap butir arahan yang diberi.

Tapi hari ini, Mieya terpaksa menadah telinga daripada Transport X. Siap marah-marah Mieya disebabkan barang banyak tak naik ke transport mereka. Walhal, Mieya cuma mengikut arahan dari staf di Penang disebabkan order banyak yang dibatalkan.

Kalau dikira-kira, hampir 15 minit juga lah sesi menadah telinga tersebut berlangsung. Bukan kata-kata yang lembut yang dilemparkan, sebaliknya kata-kata kesat bercampur dengan makian lagi. Siap ugut nak turunkan barang yang telah diambil masuk ke dalam transport mereka. Gila! Mereka ingat pihak kami keluar air liur ke nak gunakan khidmat transport mereka?

Perasaan Mieya sekarang nie, bercampur baur. Rasa macam nak menangis, tapi air mata tertahan sahaja di tubir mata. Rasa takut sebab diherdik sedemikian rupa. Paling teruk sekali ialah, rasa macam tak nak berhubung dengan transport tersebut. Tapi nak buat macam mana kan. Dah nama kerja makan gaji. Nak tak nak, kena terima jugak.

Tapi, serius Mieya takut nak berkomunikasi dengan mereka lagi, terutamanya dengan 'Singa Lapar' seorang tu.
Setiap kali bercakap, tak pernah nak keluarkan bahasa yang lembut dan sedap telinga mendengar. Mesti bahasa kasar juga yang digunakan. Haish

P/S : Transporter lain, tak ada pula bising-bising macam Transport X nie. And then, tak pernah timbulkan sebarang masalah kepada pihak kami. Berlainan pula dengan Transport X, selalu datang lambat, memilih list order yang diberi, datang tak tentu masa serta khidmat pelanggan yang kurang mesra pengguna.