Dah lama rasanya tak mencoret sepatah dua kata disini. Bukannya sibuk sangat beraya sampai takde masa nak ngupdate blog. Tapi sebab takde sambungan line internet di kampung. tsk3 T_T
Cuma tahun ini, sambutan hari raya tak berapa nak meriah sangat sebab nenek Mieya sakit. Tahun ini, kami semua tidak berjalan ke mana-mana. Sebaliknya, hanya menanti kunjungan tetamu datang beraya di rumah nenek sahaja.
Btw, alhamdulillah. Bila dah kembali pulang ke rumah sendiri.. terubatlah jugak kerinduan yang membuak-buak terhadap blog ini.
Beberapa hari tak meng-online-kan diri di blog tercinta ini. eceh. Mieya perasan yang keadaan blog berada dalam keadaan yang tak terawal. Lagi-lagi bila tengok kat ruang chatbox tu. Banyak komen spam berupa link iklan, promosi, jualan dan seangkatan dengannya memenuhi ruang chatbox Mieya.
Kebiasaannya, pada hari-hari biasa.. Mieya akan memastikan ruang chatbox bersih daripada sebarang mesej spam. Tapi bila dah sibuk beraya nie, faham-faham je lah kan? hahaha
So, lepas ini.. macam biasa lah. Nak berkunjung pula ke teratak korang semua. Nak tahu juga apa-apa cerita terbaru daripada kalian semua. hehe
P/S : Mesti ramai di kalangan kalian yang masih lagi bercuti sakan sempena hari raya nie kan? ^^