MASALAH muka berminyak disebabkan liang pori-pori terbuka sudah tidak asing lagi di kalangan wanita mahupun lelaki, termasuklah Mieya sendiri. Ya, masalah kulit berminyak semakin menghantui Mieya sekarang nie.
Pengeluaran minyak secara langsung bergantung kepada saiz liang pori-pori. Lebih besar liang pori-pori seseorang, pengeluaran minyaknya juga lebih banyak.
Punca liang pori-pori besar :
- Terdedah kepada matahari secara berlebihan
- Merokok
- Penuaan
- Genetik (faktor keturunan)
- Mengamalkan diet yang tidak sihat dan pengambilan gula berlebihan
- Perubahan hormon akibat menopaus dan semasa hamil
Berikut adalah tips untuk mengecilkan pori-pori secara lebih efektif
- Cara terbaik mengelakkan pori-pori membesar adalah dengan memastikan kulit sentiasa dalam keadaan bersih setiap kali melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali bagi menghilangkan lapisan kulit mati.
- Amalkan membasuh muka guna cleanser 2 kali sehari. Pagi dan malam sebelum tidur. Lagi bagus kalau cleanser tu ada tulis 'oil-control'.
- Keringkan muka menggunakan tuala yang bersih selepas mencuci muka.
- Bedak asas daripada bahan air yang sesuai dengan jenis kulit adalah digalakkan.
- Pakai masker pembersih satu atau dua kali seminggu untuk perlindungan dan mengekalkan kebersihan kulit.
- Pastikan produk solekan anda mengandungi bahan bebas minyak, Kalau muka dah berminyak takkan nak cari produk yang mengandungi minyak lagi kan. Nanti bertambah teruk lah jadinya kan.
- Pastikan solekan dibersihkan menjelang petang dan jangan lupa menggunakan penyegar wajah (toner).
- Pastikan alat solek seperti berus dan span berada dalam keadaan bersih bagi mengelakkan tempekan kuman dan bakteria.
- Banyakkan minum air masak.
- Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
Selamat merajinkan diri dengan mengamalkan tips nie ye :)