Wah, kemain meriah lagi dashboard blog Mieya dengan lambakan entri mengenai tarikh untuk mengundi bagi PilihanRaya Umum (PRU 2013). Di mana Pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia baru sahaja mengesahkan bahawa tarikh Penamaan Calon pada 20 April 2013 dan tarikh Pilihanraya Umum ke 13 di tetapkan pada Ahad, 5 Mei 2013.
Ohhh ya.. Mieya baru je tahu berita nie tadi, iaitu sewaktu Berita Terkini TV3 pada pukul 1.30 tadi. Nampak sangat ketinggalan.
Punya lah puas Mieya tunggu di hadapan pintu sedari tadi, namun hampa. Kunjungan yang dinanti, tak tiba-tiba lagi.
Yang ada cumalah kunjungan daripada mat bangla jual karpet. Pakai baju bewarna oren pulak tu. Mati-mati Mieya ingatkan, pihak Zalora tadi. Nasib baiklah mat bangla tu bawa karpet, at least dapat lah bezakan jugak. hikhik
Apalah nasib..
Masa yang ada terbuang lagi macam tu sahaja. Kalau lah masa dapat diputar kembali, Mieya rasa mungkin dah siap 4-5 entri dah sekarang. tsk tsk
Btw, selamat mengundi kepada para pengundi semua. Buatlah pilihan yang bijak.