Perut buncit, Macam mana Nak Atasinya?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semua :)

(Khas untuk para gadis / jejaka yang idamkan body cantik)

Sobs. Selalunya tengok orang kurus tapi ada bonggol. Slim tapi perut terjojol ke depan. Selalu je rasa pelik. Macam mana orang yang kurus melidi pon boleh ada banyak bonggol? Perut tak flat pon.

Tetiba bila kena kat diri sendiri. OMG! Inilah padahnya bila selalu sangat dok perhatikan perut buncit orang lain, sampai diri sendiri pon dah terkena tempiasnya. wuwuwu tak boleh jadi ni.



Terus je cari tips yang berkesan bagi menangani masalah perut buncit nie.


  1. Minum banyak air  –  Minum banyak air kerana air tidak mengandungi kalori tapi bersifat mengenyangkan dan melancarkan sistem metabolisme tubuh. Air juga membantu mengeluarkan toksin dalam badan secara efektif. Kurang pengambilan air menyebabkan perut menggelembung kerana sistem badan cuba untuk menyahtoksinkan badan daripada sumber lain.

  2. Kurangkan pengambilan garam – Garam yang berlebihan akan menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan membuncit.

  3. Makan perlahan-lahan - Jika anda makan dengan gelojoh, udara yang tertahan dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut membuncit. Selain itu, makanan yang tidak terkunyah tidak dapat dicerna sepenuhnya yang juga mampu menghasilkan gas tersebut.

  4. Pengambilan serat – Pengambilan serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear dapat membantu  mengimbangi proses penghasilan air dalam badan supaya stabil. Lengkapkan hidangan harian dengan sekurang-kurangnya semangkuk buah-buahan. Vitamin yang terkandung dalam buahan segar bukan saja baik untuk kulit malah mengandungi fiber untuk melancarkan sistem perkumuhan.

  5. Elakkan sembelit – Makanlah banyak sayur-sayuran dan buah-buahan untuk mengelakkan sembelit kerana kurang membuang air besar boleh menyebabkan perut membuncit. Kadar normal adalah 1~2 kali sehari.

  6. Bersenam - Tidak dinafikan bahawa bersenam mampu menggerakkan medium dalam perut yang menyebabkan perut membuncit dengan menyalurkannya keluar melalui aliran darah dan seterusnya dikumuhkan melalui peluh dan sistem perkumuhan kita sebagai urine. Lakukan senaman latih tubi di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Caranya sangat mudah sama ada ketika atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari.

  7. Bersarapan dengan yogurt - Dipercayai pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dapat membantu menghilangkan lemak pada perut. Dengan ini dapat mengawal perut bincit.

  8. Hindari minuman beralkohol – Ia mungkin tidak mengandungi lemak namun mempunyai kandungan kalori yang tinggi. Minuman beralkohol juga menyebabkan peningkatan pengeluaran hormon kortisol menyebabkan perut bahagian bawah menjadi buncit.

  9. Amalan posisi ketika duduk – Amalkan cara duduk tegak kerana apabila duduk dalam keadaan membongkok, perut bahagian bawah akan kelihatan lebih besar. Untuk melatih otot sentiasa kencang, amalkan mengemut otot perut ketika sedang duduk. Kemudian tarik bahu ke belakang dan dagu ke atas. Sandarkan punggung bawah dekat pada penyandar kerusi. Amalan ini membantu membaiki postur badan anda.

  10. Lakukan kerja rumah – Lakukan semua kerja rumah sendiri seperti membersihkan rumah, mengemas kamar tidur atau ketika menonton televisyen, anda boleh melakukan aktiviti mengangkat beban. Ia bukan saja dapat membakar 350 kalori sejam tapi turut membakar lemak yang berkumpul pada perut anda.

Ada jugak cara-cara tradisional untuk menghilangkan penyakit boroi ni, hehehe.. Yang tu kita cerita kemudian. Mulai hari ini kena disiplinkan diri untuk mendapat perut yang kempis..hehehe

Selamat mencuba!!