Sekarang nie tak boleh dah nak mengadap blog berjam-jam lamanya seperti selalu. Dah agak jarang nak jenguk blog kawan-kawan yang lain. Perhatian sekarang dah tumpu kepada Pilihan Raya Umum yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja. Padahal, umur Mieya pon belum cukup lagi nak daftar sebagai pemilih.
Nak tak nak kena buat-buat lupa diri yang Mieya nie ada blog. Kalau tak. Tidur 4 jam, jenguk blog 5 jam. dah selalu dah. -.-'
Bermula esok, 5 April, iaitu seawal 7.30 pagi. Mieya akan bertolak ke Cyberjaya bagi mengikuti Karnival Cyberjaya. Tak tahulah pulak ada program apa yang dianjurkan di sana memandangkan Mieya baru je dimaklumkan petang tadi. Mahunya tak kelam kabut.
Manakala pada 7 April bersamaan hari Ahad pula, Mieya bersama beberapa petugas yang lain akan menjalankan tugas untuk mengagihkan sticker dan kad maklumat tempat pembuangan undi kepada anggota masyarakat di kawasan penempatan Mieya.
Sementara tengah 'free' takde apa-apa benda yang ingin dilakukan, Mieya pon mengambil kesempatan untuk membuat sesuatu perkara yang berfaedah. Segala macam program yang ada, Mieya cuba untuk melibatkan diri. Sekali-sekala nak timba pengalaman baru, tak salah kan?
Ini pun, Mieya baru sahaja pulang dari mesyuarat bersama petugas yang lain. Ala, kerja Mieya senang je. Pergi ke rumah bakal pengundi, suruh check maklumat diri. And then setelah memastikan segala maklumat adalah benar, serahkan sahaja kad tersebut kepada mereka.
Haaa.. Baiklah. Sejurus selepas entri ini dipublish, perlulah korang tahu bahawa bantal dan tilam yang empuk sedang menanti Mieya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.