Apa Fungsi Alexa Rank?

Assalamualaikum wbt :)

Bila blogwalking ke blog rakan blogger, memang tak sah kalau tak nampak widget alexa rank di bahagian sidebar blog mereka.

Mieya sikit pon tak tahu menahu pasal Alexa ni. Apa benda ni? Apa function dia? Serius, terasa macam ketinggalan zaman pula bila tak tahu apa-apa pon pasal alexa rank nie.

Jadi macam biasa, engine carian google sebagai pembantu dalam menjelaskan sesuatu maklumat kepada Mieya.

Apakah Alexa Rank?



Mengikut kata mentor Mieya, 

Alexa Rank adalah sistem ranking untuk website diseluruh dunia yang dibangunkan oleh Alexa.com. Ia membantu mengira traffic dan pageviews di blog anda dan seterusnya menetapkan ranking untuk blog tersebut. Bagi blog yang baru, alexa rank anda adalah sangat tinggi iaitu sehingga berjuta-juta nilainya. 

Namun demikian, jika anda mengekalkan traffic ke blog secara konsisten, maka alexa rank tersebut akan meningkat dengan konsisten juga. Perlu diketahui, semakin rendah nilai Alexa Rank sesuatu blog itu, semakin tinggi dan konsisten aliran trafik ke blog tersebut. 


Ranking alexa terbahagi kepada dua iaitu ranking peringkat global yang mana jumlah trafik pengguna internet seluruh dunia ke blog anda dan juga ranking peringkat local iaitu trafik yang diperolehi dari dalam negara sendiri.

Alexa juga akan memaparkan keyword carian dari search engine yang paling banyak membawa pembaca ke blog kita. Dan ini secara tidak langsung dapat membantu kita dalam menghasilkan entri/post yang mesra SEO dikemudian hari.

hasil semakan minggu lepas

Haa.. ini ialah alexa rank blog Mieya. Tak payah tengok kat Global Rank tu. Untuk blogger picisan macam Mieya ni, kita tumpukan rank di Malaysia je. Nampaknya dah ada peningkatan. 

Kalau sebelum ni, 6K++ (kalau tak silap Mieya) Tapi kali ini, dah turun pada 3999. Alhamdulillah. Ohh ya, ranking nie akan sentiasa berubah-ubah ye.. mengikut jumlah visitor dan pageview.

Kalau korang nak tahu apa Alexa Rank blog korang, boleh check kat sini dan masukkan url blog anda :)