Buat Blog boleh dapat duit? Jadi kaya???

Assalamualaikum wbt.

Umumnya, ramai yang buat blog mempunyai matlamat mereka yang tersendiri. Paling biasa yang Mieya selalu nampak dan baca adalah buat blog sebab dapat duit. Hal ini mungkin disebabkan keterujaan melihat ramai blogger yang berjaya serta meraih pendapatan yang cukup lumayan sama ada di tv, surat khabar, majalah dan juga blog.

Ada yang banyak sampai ribu-ribu, ada yang cukup ratus-ratus. Malah ramai yang dah dapat puluh-puluh ringgit hasil berblog. Tak kira lah sama ada yang 'bekerja' di bawah sesebuah syarikat pengiklanan mahupun kedai-kedai dan butik-butik.



Ada blogger yang buat blog kerana percaya bahawa buat duit dengan blog adalah mudah. Padahal ada blog yang dah berkurun lamanya berada di dalam alam maya ini, tetapi pemilik blog tu tak jugak jadi kaya raya. Bukan sedikit tapi ramai.

Pada pandangan Mieya, majoriti masyarakat di luar sana masih lagi tidak memahami konsep blog yang sebetulnya. Fikir mereka, bila dengar sahaja seseorang itu mempunyai blog. Dapat duit.

Untuk pengetahuan kawan-kawan yang takde blog, tak semua blogger buat blog untuk duit dan dapat duit.   Kalau dapat pon, itu semua nasib atau secara kebetulan sahaja. Terutamanya blogger personal macam Mieya nie haa..

Blogger personal yang dapat income banyak dari blog tak ramai. Sangat-sangat tak ramai.  So, janganlah ingat blogger personal ni tulis entri-entri panas semata-mata kerana income. Okey? 

Bak kaya Ben Ashaari,

"Nak $$$, pergi kerja. Jadi jurutera ke.. penjaga gol ke.. pengurus pasukan ke.. atau apa apa je la.. Janji bukan buat blog.. Tak kaya.."