Cat Dinding Bilik dan Pemasangan Tiles

Assalamualaikum wbt :)

Macam yang Mieya ceritakan di entri lepas, bilik di tingkat atas rumah teres dua tingkat kepunyaan parents Mieya sudah hampir siap.

Di mana bahagian dalam bilik baru sudah pon dicat. Bewarna biru uolls. Luar rumah warna pink, dalam rumah pula warna biru. Sesuai lah dengan selera kami anak-beranak. Di mana ada lelaki dan juga perempuan.

Tile pon dah siap pasang sepenuhnya di bilik baru dan juga dekat kawasan ruang tamu. Cuma sekarang nie, tengah tambak simen kat bahagian luar rumah untuk dibuat tempat parking 6 bijik motor. Esok mungkin siap sepenuhnyalah kot kat bahagian luar rumah tu. 

Okey lah korang layanlah dulu gambar-gambar yang sempat Mieya tangkap dekat bawah ni dulu ye. 
P/s : Bahagian luar rumah dan juga ruang tamu belum lagi siap dicat sepenuhnya. Sebabnya tiles kat kawasan luar rumah tu belum siap dipasang lagi.
Gambar rumah dari sisi hadapan


sesi mengecat dinding ruang tamu lama
Bilik atas yang sudah siap sepenuhnya


Pintu pon dah ada. Siap bercat malah lengkap dengan tombol pintunya sekali. So, lepas nie tak payah risau kalau nak tinggalkan rumah sehari dua nanti. 

Jadi, selepas waktu maghrib tadi, kami sekeluarga berkumpul di kawasan ruang tamu. And then, keluarlah topik pasal penyambungan semula wayar Astro ke rumah kami. wuwuwu, dah lama benor teman tak tengok tv. Sedih betul !

And then, sembang punya sembang. Barulah terperasan, yang lubang khas untuk wayar Astro tiada sedangkan dinding rumah sudah pon siap diplaster dan juga dicat sepenuhnya. Walaweh ! Ini semua gara-gara excited punya pasal dengan proses ubahsuai rumah yang hampir nak siap. Memang terbaik lah !


So, apa pendapat korang mengenai pemilihan warna cat di rumah Mieya tu. Okey ke?