Sungguh ! Sekarang nie Mieya berada dalam keadaan tak menang tangan nak kemas rumah dan yang paling penting, nak kemas barang-barang semua ni. Nak packing barang-barang untuk bercuti di kampung sempena raya cina ni.
Dengan harapan, dapat menenangkan fikiran serta mengembalikan semula mood ceria dalam diri seorang Mieya. Petang semalam, abah pulang bersama dua kotak buah limau. Buah tangan daripada tauke tempat dia bekerja.
Pagi-pagi lagi dah fikir, benda apa saja yang perlu Mieya bawa ke sana. Laptop? Mieya guna laptop dan bukan lagi notebook. Line kat kampung, bukannya selalu ada. Macam chipsmore. Bendanya sikit, and then sekejap je boleh hilang.
Kalau tak bawa bersama, peratus kebarangkalian menyebabkan Mieya bosan adalah sangat tinggi sekali. Walhal Mieya dan keluarga dah plan nak bershopping sakan di sekitar pekan Sabak Bernam dan juga di sekitar bandar Teluk Intan. Rasa bawa benda alah ni macam satu masalah pulak ! Campak kang, baru tahu !
Hmmm.. Ini pon rasanya.. Mieya sekeluarga bercuti di kampung paling-paling sekejap pon 3 hari sahaja memandangkan keadaan fizikal rumah yang belum siap sepenuhnya dan boleh dianggap sebagai kurang selamat.
Jadi, perasaan sebelum nak pergi meninggalkan rumah tu terasa macam berat sekali. padahal ada je abang-abang Mieya yang ada, 'berjaga' di rumah.