Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia Nya, Mieya masih lagi bernyawa pagi ini. Masih lagi berkesempatan meraikan ulang tahun yang ke 19. Masih mampu menghirup udara segar ciptaan Allah SWT. Alhamdulillah.
Terima kasih YA ALLAH, untuk ketawa, menangis, pahit, manis, sepi, gembira dan segala kemudahan/kesenangan yang telah Engkau berikan.
Terima kasih KELUARGA kerana mengajar bagaimana untuk menjalani hidup yang penuh dengan cabaran, onak duri. Sentiasa ada disisi di saat diri ini lemah longlai untuk melangkah. Sentiasa hadir untuk memberi sokongan dan kata-kata semangat.
Terima kasih KAWAN-KAWAN. Kalian membantu diri ini bangkit dengan nasihat dan semangat walaupun terkadang memaksa diri ini untuk bangkit dengan tamparan.
Terima kasih atas doa dan ucapan selamat hari lahir daripada kalian. Semoga ALLAH kabulkan dan semoga ALLAH merahmati kalian semua. Sekali lagi, selamat hari lahir untuk diri sendiri dan semua yang lahir dalam bulan November.
♥ Semoga Mieya semakin kuat melangkah dan meneruskan kehidupan yang semakin mencabar dengan usia yang baru. Semoga semuanya adalah yang terindah dan terbaik dalam hidup Mieya.♥
Selamat hari jadi untuk diri sendiri. Nampaknya tahun ini merupakan tahun terakhir pegang angka belasan tahun, tahun depan dah upgrade 2 series. heheh
Memandangkan entri kali ini mengenai birthday. Jadi, kepada yang sambut birthday hari ni, diucapkan selamat menyambut hari lahir. Kita mungkin berkongsi bintang yang sama, tapi belum tentu punya rasa yang sama, kan?