Hobi baru : Shopping online

Assalamualaikum wbt and hello peeps ! :)

Saja nak bagitahu korang. Sejak akhir-akhir ini kan, Mieya kan, tersangat-sangat rajin kan... hikhik (saja je nak buat korang menyampah bercampur frust dek kerana terpaksa baca entri kali nie sambil tergagap-gagap)

Baiklah. Marilah Mieya kongsikan pengalaman baru yang Mieya perolehi baru-baru ini, iaitu shopping online.


Rasanya, Mieya lah antara makhluk dalam dunia ini yang paling ketinggalan dalam mencuba sesuatu perkara yang baru. K fine, memang tak boleh disangkal lagi -,-"

Sebelum-sebelum ini, memang Mieya tak pernah nak ambil tahu pon pasal aktiviti jual-beli secara dalam talian nie. Yang Mieya tahu, bila mood bershopping dah ada, Mieya akan ajak my parents dan adik ke shopping mall yang berdekatan. Tak pun, jalan-jalan sambil mencuci mata di pasar hujung minggu di Taman Medan pon dah mencukupi. hehe

Tapi, semenjak Mieya kembali aktif di Friendlyfashion di mana Mieya pernah bercerita mengenai apa itu Friendlyfashion di SINI. Sejak itu juga lah, Mieya telah berjinak-jinak untuk membeli-belah di situ.


Untuk makluman, Friendlyfashion ialah online shopping web yang menjual pre-loved items. Thats mean, barang-barang lama yang kita sayang which is in good condition and supposely masih boleh dipakai boleh dijual / diberi kepada orang lain.

Errr...Actually, ada je barang-barang baru yang dijual disini di mana ada yang menjadikan laman web ini sebagai medium untuk menjual barang-barang dari butik mereka. Dan ada jugak, barang-barang yang belum pernah dipakai oleh si penjual. But, for sure kena bijak dalam membuat pilihan lah kan?

Well, I'm a type of who didn't mind to wear pre-loved item. So, that's will be okey for me. Bagi Mieya, barangan yang dijual disini okay lah bagi orang-orang biasa macam Mieya nie. And look at their prices, affordable kan :)