Rasa Berbelah bagi

Assalamualaikum wbt :)

Hari ke dua belas dalam bulan Januari. Bulan pertama dalam kalendar 2013.

Petang semalam, Mieya dengan perasaan yang berbelah baginya telah mengambil keputusan drastik untuk pulang ke rumah.

Rasa tertekan dengan suasana kehidupan di Universiti yang jauh berbeza dengan suasana di rumah. Di tambah pula dengan rasa rindu yang membuak-buak terhadap keluarga yang tercinta telah menyesakkan lagi segenap ruang pemikiran dahku.


Hari-hari, hati berasa sebak, meraung-raung, meronta-ronta ingin segera pulang ke rumah. Tak sanggup rasanya menanggung beban tekanan sebagai seorang pelajar dan juga sebagai seorang anak.

Bila dah melangkah ke alam universiti nie, terasa macam baru melangkah ke darjah satu. Rasa kosong, blank dengan apa yang pernah dipelajari suatu masa dulu sewaktu berada di sekolah menengah.

Sesi pembelajaran berjalan dengan pantasnya, kekadang sampai Mieya sendiri tak sempat nak pick up apa yang lecturer ajar. Hal ini menyebabkan Mieya semakin tertekan. Ditambah dengan kurangnya keyakinan diri telah menyebabkan rasa gusar yang menebal dalam diri Mieya.


Nampaknya, Mieya masih lagi gagal dalam menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini. Tak tahu kenapa. Sudah puas rasanya, Mieya mencuba untuk menghilangkan perasaan ini, tapi masih lagi gagal sehingga kini. Jauh daripada ibu bapa memang amat menguji diri untuk menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling. 

Sometimes, diri sendiri rasa macam dah berputus asa. Rasa macam nak berhenti sahaja sesi pengajian ini. tapiiii....hmmm