Berhati-hati dengan Scam / Penipuan melalui email

Assalamualaikum wbt dan selamat petang korang :)

Bangun pagi dengan merajinkan mental dan fizikal untuk mengadap buku Chemistry dan Physics yang tebal kemain. Padahal buku ini hanya diguna sepanjang satu sem ini je. -.-"

Tapi demi menambahkan kefahaman yang lebih dalam mengenai konsep dan formula-formula yang berkaitan dengan subjek tersebut, dengan bersemangat waja Mieya teruskan juga.

Setelah hampir 4 jam memfokuskan diri dengan buku pelajaran di pagi hari. Petang adalah waktu Mieya untuk bersantai di samping meregangkan urat-urat kepala hotak yang berselirat bersama blog tercinta. Ya, ieya akur dengan pernyataan tersebut.

Baiklah, berbalik kepada tujuan asal entri kali ini...

Sebenarnya, sejak dua menjak ini, inbox email Mieya kerapkali dikunjungi dengan email-email daripada segerombolan manusia dari luar negara yang tidak pernah Mieya kenali walau sekalipun. Yang lebih menghairankan, kesemua email tersebut hampir kesemuanya berkonsepkan perkara yang sama, iaitu mengenai pemberian wang.

Ughhh, susah rasanya jika nak dihuraikan kesemuanya melalui kata-kata sahaja. Jadi, meh kita layan butir-butir email yang sempat Mieya printscreen tadi.

email pertama :


Email kedua :


Email Ketiga :


Email keempat :


Email kelima :

wawawahhh. Pelik betul, dari mana pulak dorang semua ini dapat email Mieya kan? Rasaanya, ini mungkin salah satu taktik terkini bagi pihak yang tak bertanggungjawab untuk melakukan aktiviti penipuan online dengan cara menarik perhatian orang ramai.

Konon-kononnya,

  • ada memenangi wang tunai daripada pertandingan yang tak pernah disertai.
  • terpilih sebagai pemenang hadiah utama dalam acara cabutan bertuah
  • mereka memerlukan agen sebagai pemegang amanah dalam menguruskan harta peribadi dorang

serta bermacam-macam lagi. Nasihat Mieya kepada korang yang menerima email yang berbaur seperti sedemikian rupa. Sila abaikan sahaja. Nampak sangat bohong !

Fikir balik, ada ke orang yang sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang besar hanya semata-mata nak diberikan kepada orang lain?

Salam bertemu lagi~